A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF

A GIFT FROM HEAVEN

YOU ARE NOT ALONE......

A GIFT FROM HEAVEN

FAMILY OF FOUR

A GIFT FROM HEAVEN

AUTISM BOLEH


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, January 31, 2012

Lagi-lagi Tayar........

Nak jadi mekanik! 
               Enam tujuh tahun yang lalu saya ingatkan anak saya minat sangat nak jadi mekanik membaiki kenderaan sebab terlalu 'asyik' memerhati tayar kenderaan permainannya berpusing. Anak-anak lain bermain dengan menunggang ke hulu ke hilir permainan tersebut, tapi Syahmi lain benar reaksinya dimana dia lebih suka memerhatikan sahaja pergerakan tayar kenderaan mainannya.  

                                       
Suka tengok tram bukan menaikinya sebab nak
tengok tayarnya berpusing

Syahmi dengan trolly Atok di kampung!
 
      Pernah suatu ketika, Syahmi menangis-nangis nak bawa balik ke Kuala Terengganu 'trolly' Atok angkat barang berat di kampung. Atok pun tidak memahami  keadaan cucu yang  mempunyai citarasa sebegini!
   

     Kalau kita kurang pengetahuan dalam sesuatu bidang....beginilah jadinya dimana anak saya Syahmi telah didiagnose autisme lewat iaitu ketika  usianya menjangkau 5 tahun. Walaupun Syahmi telah menunjukkan symptom-symptom  autisme semenjak usia 2 tahun lagi. Pengajaran dari kesilapan saya ini,  kita sebagai ibubapa harus lebih peka terhadap perkembangan anak-anak. Jika wujud sesuatu yang berkelainan dari yang biasa, maka haruslah dibawa kepada pihak yang berkepakaran untuk mendapat pengesahan lanjut.


Seperti biasa minatnya masih pada objek bertayar 

     Bila meningkat usianya, minat terhadap tayar kenderaan berpusing kian pudar. Bila ditanya kenapa dulu Syahmi berminat dengat objek berpusing especially tayar kenderaan...jawabnya "entah, tak tahu". Kalau Syahmi tak tahu, ayah berganda-ganda lagi tidak memahami mengapa insan seperti kamu amat 'asyik' dengan tayar berpusing. Hanya insan-insan sepertinya yang mengetahui rahsia Allah ini........


Kini minatnya terhadap tayar berpusing
 tinggal 'sikit-sikit' katanya!

Friday, January 27, 2012

Pesan Ibu Syahmi......



Ada orang panggil ibu, ada pula yang panggil emak dan ada juga yang panggil mama, panggilan ummi pun sedap didengar, semuanya ialah panggilan kita kepada seorang wanita yang melahirkan kita. Ada juga wanita yang tidak melahirkan kita, turut dipanggil ibu, ibu angkat, ibu mertua dan sebagainya. Pokoknya ibu dikedudukan teristimewa di hati kita.

Inilah Ibu Syahmi
Bagi Syahmi, ibu adalah segala-galanya. Kadang-kadang menjadi teman tempat meluahkan rasa, tempat bergurau senda, tempat bermanja udah semestinya. Ibu juga guru tuitionnya. Hingga larut malam guru tuition memujuknya membuat homework yang bertimbun di atas meja. Menjadi ustazah kepadanya ketika beajar mengaji Al Quran. Ibu juga yang mengejutkan tiap pagi untuk ke sekolah. Ibu, ibu dan ibu segalanya.

Suatu ketika,  ibu pernah  bergembira dengan kelahiran baby baru bernama Syahmi, tapi suatu ketika pula ibu juga pernah menangis bila anak ibu Syahmi disahkan anak autisme. Lama kelamaan, tangisan ibu kian lenyap kerana ibu semakin bersemangat untuk membesarkan anak-anak ibu yang keduanya hero Malaya.

Ibu selalu berpesan itu dan ini. Semuanya untuk  masa depan Syahmi. Kadang-kadang Syahmi rasa rimas dengan pelbagai pesanan  ibu. Ada kalanya Syahmi ingat kata-kata ibu, ada kalanya pula kerana kekangan yang ada pada Syahmi, Syahmi boleh terlupa pada pesan ibu. Apa pesan ibu? Pesan ibu, Syahmi bila ke mana-mana sekali pun jangan tunjukkan Syahmi seorang anak autisme. Jangan cakap sorang-sorang, bersabar mengawal tantrum, cuba bertentang mata ke arah orang yang berhadapan dengan kita. Ibu mahu Syahmi tidak menjadi bahan pandangan sinis orang-orang sekeliling. Ibu berazam supaya Syahmi menjadi insan senormal yang mungkin.

Dapatkah Syahmi mengerti dan mengingati pesan ibu ini? Dalam usia 10 tahun kini, Syahmi telah pun dapat memahami tingkah lakunya yang berbeza dari insan normal lain. Dia juga telah memahami mengapa dirinya mempunyai kad pengenalan dari JKM yang melabelkannya sebagai Orang Kelainan Upaya. Semoga kian kamu membesar, kian matang kamu menangani kelainan yang ada pada diri. Ibu kamu tidak akan lupa berpesan selagi nyawa dikandung badan. Inilah antara PESANAN ibu buat Syahmi, maknanya banyak lagilah pesan ibu selain dari yang ini?


   



       
       

Thursday, January 26, 2012

Kejohanan Merentas Desa S.K Seri Budiman II

Syahmi dan Aqeel Azhar rakan sebayanya
    Hari ini 26hb January 2012 jam 8.30 am, Syahmi telah menyertai Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah sejauh 3km. Matlamat saya supaya Syahmi dapat membiasakan diri dengan aktiviti yang melibatkan warga sekolah serta membina tahap kecergasan Syahmi. Sebelum ini Syahmi banyak menghabiskan masa dengan laptopnya di rumah.....tiada senaman dan amat kurang melakukan riadah.


Dimulakan dengan aktiviti regangan
   
     Memang saya agak risau tentang keselamatannnya terutama kesihatannya memandangkan Syahmi bertubuh gempal.  Mungkin acara ini  menjadi kejutan bagi dirinya untuk menyahut cabaran merentas desa sejauh beberapa kilometre....orang dewasa pun 'semput' nak menamatkannya. Tidak percaya? Ayuh kita sama-sama mencubanya....


Perjalanan Menyusuri Taliair
Lagi 200 m ke garisan penamat

      Alhamdulillah....akhirnya sampai juga anak ku ke destinasi walaupun muka dah merah padam dengan cuaca panas. Perjalanan memakan masa kira-kira sejam dengan laluan desa yang menyegarkan. Menyusuri taliair yang diliputi  kiambang dan keladi buntingnya...serta sesekali ikan-ikan haruan meloncat-loncat kegirangan mungkin disebabkan ternampak kelibatnya anak-anak sekolah berlari merentas desa agaknya!

Besar nombor ni Syahmi!

      Setelah penat bermandi peluh di bawah cahaya matahari, Syahmi telah didaftarkan sebagai peserta yang ke 32 sampai ke garisan penamat bagi kategori Lelaki Thn 4 dan dikira telah menyumbangkan 1 mata untuk Rumah Kuning. Tidak sia-sia Syahmi mengeluarkan peluh dalam Kejohanan Merentas Desa 2012....sekurang-kurangnya Syahmi menjadi penyumbang 1 mata kepada kejayaan Rumah Kuning yang menjadi juara bagi acara Merentas Desa pada kali ini.  Syabas! Lain kali kena jogging lebih sikit untuk mengecilkan no 32 yang diperolehi tadi.

Syabas Rumah Kuning!


     
Hadiah kepada yang menang
    Bukan hadiah jadi ukuran, tapi kemahuan dan keazaman kamu untuk menamatkan perlumbaan yang ayah dan ibu banggakan....jika dipanjangkan umur tahun depan Syahmi cuba lagi!

Wednesday, January 25, 2012

Tantrum Si Anak Autistic



Kecil punya hal pun marah, besar punya hal tentunya lagi mengundang kemarahan. Mereka yang sebegini boleh dikategorikan sebagai  'panas baran' namanya. Cepat 'naik angin' tanpa kawalan kerana terlalu mengikut nafsu amarahnya. Semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat sebegini. Sebagai umat Islam, berzikir adalah ubat yang mujarab serta amat dianjurkan oleh agama untuk kita amalkan bagi ketenangan hati dan nurani.

Berlainan pula dengan insan autistic yang memang sinonim dengan TANTRUM  dimana luapan kemarahan yang tidak boleh dibendung-bendung sekira kemahuannya tidak dipenuhi mahupun sesuatu yang menjadi kesayangannya dikacauganggu. Reaksi golongan ini  untuk melepaskan tantrumnya ialah seperti menangis, menjerit-jerit, menendang-nendang , menghentak kepala ke dinding walaupun hingga mencederakan mereka. Inilah antara cara untuk mereka meluahan kekecewaan  terutamanya bagi yang masih tidak boleh bertutur untuk meluahkan perasaan mereka.

Screaming Syahmi!

Syahmi juga tidak terkecuali  dalam permasalahan ini. Cuma situasi ini jarang sangat dapat saya rakam kerana biasanya saya suami isteri cuba tidak  akan membiarkan 'adegan' yang paling dielakkan ini untuk ditontoni  terutamanya di khalayak ramai terjadi. Biasalah.... kita sebagai hamba Allah yang lemah ada juga perasaan malu apabila orang ramai memandang keadaan anak kita yang memberi reaksi berlebihan....dan ada kalanya mereka di luar sana yang 'bersoseh-soseh' serta ditambah dengan pandangan 'kejamnya' terhadap anugerahNya ini.

Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana anak saya Syahmi tidak melakukan aksi sehingga mencederakan diri seperti sesetengah anak-anak isimewa kita. Faktor ini mungkin disebabkan Syahmi telah boleh bercakap dan bisa meluahkan perasaan kecewanya melalui kata-kata. Jadi, kaki dan tangan kurang memainkan peranan cuma jeritan, bebelan dan tangisan menjadi senjata untuk mempertahankan diri.


Syahmi sedang beraksi!
Contohnya seperti photo di atas dimana saya sempat merakamkannya di sekolah ketika sambutan Hariraya Aidil Fitri tahun 2011. Syahmi kurang berpuashati kerana tidak dapat pulang ke rumah awal seperti kebanyakan murid kelas lain yang telah pulang ke rumah masing-masing  walaupun loceng akhir belum dibunyikan. Sedangkan, guru kelasnya ketika itu tidak membenarkan  murid-muridnya pulang awal dari biasa dan kena menunggu hingga loceng berbunyi.


Dalam cuaca yang panas serta berbaju Melayu berkancing hingga ke leher, memang menyumbang kepada tantrum terhadap anak ku Syahmi! Inilah adegan yang dapat dilihat, tapi cepat reda setelah dipujuk, tengok pula gambar yang seterusnya. Siap dengan isyarat tangan 'thumbs down' lagi. Maknanya kecewa yang teramat sangatlah tu, belum kecewa bercinta lagi? hehehe...

Thumbs down!

Begitulah Syahmi sama seperti anak-anak autistic yang lain, tantrum tetap ada walaupun dalam kebanyakan hal Syahmi telah mula menampakkan perubahan yang lebih baik. Cuma tantrumnya akan cepat reda sekiranya betul dengan cara kita menanganinya. Semoga  masyarakat sekeliling faham mengapakah tantrum berlaku di kalangan anak-anak autistic. Fahamilah mereka wahai abang, kakak, sepupu, kawan, guru dan insan-insan lain yang berada di persekitaran mereka.

Jangan lupa pulak ya...TANTRUM ITU BERBEZA DENGAN MELTDOWN. Keadaan Syahmi di atas boleh dikategorikan dalam tantrum bukan meltdown. Tantrum si autistic jika tidak dikawal, akan cuba memanipulasi kita ibubapanya supaya menurut kemahuannya dalam apa jua keadaan. Jadi, ibubapa kena bijak menanganinya...
 


   

Monday, January 23, 2012

Chinese New Year at Tasik Kenyir


Anak naga tersesat di Tasik Kenyir....

        Sekolah ditutup agak lama untuk perayaan Tahun Baru Cina...dan kesempatan ini kami ambil untuk berjalan-jalan ke Tasik Kenyir yang dikira lebih tenang untuk dikunjungi. Di serata tempat di bandar Kuala Terengganu sudah tidak aman lagi bagi penduduk tempatan untuk berjalan-jalan kerana kesibukan kenderaan luar yang datang bercuti ke sini mahupun anak perantau yang balik ke kampung untuk menghabiskan cuti Tahun Baru Cina.


Jelingan manja dari Tasik Kenyir

        Perjalanan memakan masa kira-kira sejam sahaja dari bandar Kuala Terengganu ke Tasik Kenyir. Cuaca terang benderang mengizinkan perjalanan yang lebih lancar. Jalanraya ke daerah Hulu Terengganu telah banyak berubah dengan pembinaan projek Lebuhraya Pantai Timur. Walaupun belum siap sepenuhnya, tapi jelas sekali perubahan terhadap landskap daerah 'jin bertendang' seperti yang digembar-gemburkan dulu bertukar kepada arus pembangunan yang lebih terancang. Syabas rakyat Hulu Terengganu....jangan malu lagi nak mengaku anda orang Kuala Berang!


Kuala Berang udah maju....

Jetty Pengkalan Gawi
        Sesampai di sana memang ramai pelancong yang datang dari jauh dan dekat. Tapi keadaannya tidaklah  bersesak-sesak seperti di bandar Kuala Terengganu. Masih ada tempat untuk meletakkan kenderaan dengan selamat. Pemandangan sekitar sangat cantik dan sejuk mata memandang. Jetty Pengkalan Gawi menunggu  pelancong yang memilih untuk menyusuri Tasik Kenyir dengan perkhidmatan boat yang disediakan. Syahmi tidak takut-takut lagi seperti suatu ketika dulu untuk menaiki boat berkapasiti 8-10 penumpang untuk menyusuri tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu.


Boating Di Tasik Kenyir
Pemandangan Indah Di Tasik Kenyir
        Menyusuri air yang berkedalaman kira-kira 2 kali ketinggian pokok kelapa memang menggerunkan kami tetapi tetap yakin akan jaket keselamatan yang dipakai dan berdoa agar kesemua penumpang selamat sampai ke destinasi. Pemandangan menarik dengan kocakan air dek kerana kelajuan boat amat menyenangkan hati. Perjalanan selama 30 minit terasa seperti sebentar sahaja. Lain kali Syahmi nak pergi lagi katanya. Syahmi nampak bersahaja ketika menyusuri Tasik Kenyir, tidak seperti ketika menaiki kereta kabel di Langkawi Geo Park di mana degupan jantungnya seperti atlet yang berlari di balapan.

Syahmi Di Gigi Air Tasik Kenyir

Bersahaja menyusuri Tasik Kenyir dengan boat....

         Berjalan-jalan sambil memberi pengalaman kepada anak kami Syahmi, supaya dapat memantapkan self confident yang ada pada dirinya. Lagi pun cuti-cuti begini, kalau diisi dengan aktiviti bersama keluarga seperti ini memang menyeronokkan. Lain kali kalau ada masa terluang kita pergi ke tempat lain pulak....



Hasil Kerja Syahmi di Sekolah

Buku Latihan Bahasa Melayu Syahmi
       Cepatnya masa berjalan hinggakan bulan January 2012 telah hampir ke penghujungnya, Setakat ini Syahmi telah belajar seperti biasa.....cuma nampak keletihan dengan jadual yang agak ketat disebabkan Syahmi kini berada di Tahun 4. Dengan kegiatan ko-kurikulumnya, kelas Fardhu Ain dan aktiviti sukan di sebelah petang membuatkan Syahmi kurang selesa sebab terpaksa mengurangkan masanya  di hadapan laptop.

       Setakat ini hasil kerja Syahmi di sekolah telah saya ikuti....tentunya Tahun 4 ini lebih mencabar sebab matapelajaran makin banyak serta subjek-subjek tertentu kena dijawab secara subjektif contohnya Sains dan Matematik. Kalau di tahun lepas kedua subjek ini dijawab dalam Bahasa Inggeris, tapi kini bertukar ke Bahasa Melayu. Confius juga mula-mula ni untuk menyesuaikan Syahmi dengan perubahan ini.

Bahasa Melayu
        Saya tidak menafikan bahawa Syahmi tidak begitu menggemari menulis sebab menurut katanya kalau banyak sangat menulis boleh lenguh tangan dibuatnya.  Inilah tuntutan hidup sebagai pelajar wahai anak ku!....masih jauh perjalanan kamu untuk menimba ilmu. Matapelajaran yang pertama ialah Bahasa Melayu seperti yang dipaparkan disebelah. Tulisan tidak begitu cantik tapi cukup sekadar boleh difahami oleh guru Bahasa Melayunya,  Puan Norliza binti Abdullah.        



Bahasa Arab
 
 Matapelajaran yang seterusnya ialah Bahasa Arab dimana Ustaz Muslim menjadi tenaga pengajarnya. Syahmi sangat gembira bila berada dalam kelas Bahasa Arab disebabkan Ustaz Muslim yang kelakar orangnya. Tulisannya agak cantik bagi pendapat saya memandangkan saya juga tidak begitu mahir menulis dalam tulisan Jawi.



Bahasa Inggeris

     Seterusnya,  matapelajaran Bahasa Inggeris dimana guru yang mengajarnya ialah Puan Norhayati binti Hassan (Pen.Kanan Hal Ehwal Murid). Seorang guru yang tegas jika dilihat dari riak wajahnya. Pada hari-hari pertama persekolahan guru ini masih belum mengenali anak murid yang istimewa ini. Tapi sekarang beliau selalu berbual-bual dengan Syahmi untuk mengetahui pengetahuan anak ini tentang minatnya terhadap dunia luar seperti tragedi 11 September 2001.



      Sains merupakan matapelajaran yang amat mencabar pada tahun ini disebabkan soalan-soalan subjektif mula diperkenalkan kepada murid Tahun 4. Kalau dulu hanya soalan objektif sahaja dikemukakan dan kebiasaannya Syahmi dengan mudah memperolehi pangkat A. Namun tahun ini Syahmi kena usaha lebih kuat lagi di bawah bimbingan guru Puan Fatimah binti Abu Bakar. Bukan semudah soalan tahun-tahun yang lalu Syahmi!



Matematik

     Inilah matapelajaran yang digemarinya tapi kurang senang apabila  terlalu banyak latihan yang dibuat katanya. Hampir setiap hari Syahmi menyelesaikan homeworknya untuk matapelajaran ini hingga larut malam. Practice makes perfect Syahmi! Disebabkan faktor inilah guru kamu Puan Zahiah binti Othman membekalkan kamu hampir setiap hari dengan latihan demi latihan.





    Terdapat beberapa lagi matapelajaran yang harus digalas oleh Syahmi di Tahun 4 ini. Orang lain boleh, mengapa kamu tidak boleh? Pastikan tahun 2012 ini kamu lebih cemerlang dari tahun-tahun yang lepas.


    

Sunday, January 22, 2012

Syahmi Yang Dulu Dan Sekarang

    Masa sangat pantas berlalu......dengan komitmen terhadap karier, menguruskan keluarga dan sebagainya membuatkan kita menjadi pemburu masa. Kalau dulu muka licin bersih...segar bugar tapi sekarang banyak titik-titik hitam yang membayangkan kematangan ....apatah lagi dengan garis-garis kedutan yang kian nyata kelihatan. Tidak perlu pada botox ....tidak perlu segala perubatan moden kerana kewujudannya adalah tanda peringatan yang dikurniakan kepada kita sebagai hambaNya supaya memperbanyakkan bekalan untuk ke sana nanti.


Mulut Berpayung!
     Dulu Syahmi seperti bayi-bayi lain membesar seperti kanak-kanak normal. Perkembangannya amat meyenangkan hati...pipi yang tembam, ceria dan tidak banyak kerenah. Cuma dia cepat berhenti menyusu botol iaitu ketika usianya 16 bulan. Bukan sengaja nak memberhentikannya, tapi memang Syahmi menolaknya bila disuap ke mulut. Namun kami gantikannya dengan produk tenusu yang lain...tetapi ia agak merisaukan kami takut pertumbuhannya terganggu.


  Dulu Syahmi juga tidak boleh bercakap walaupun usianya telah menjangkau 3 tahun setengah cuma terdapat bunyi-bunyi seperti ceeee...kalau nampak lori dan bas  serta  kemudiannya boleh memanggil ayah dengan agak jelas. Dan suatu ketika kami dalam perjalanan balik ke kampung....terdengar juga perkataan yang amat menggelikan hati tiba-tiba terpacul dari mulutnya iaitu 'senyap mu' ketika dia marah sebab kami yang lain berbuat bising bergelak ketawa semasa di dalam kereta. Setelah peristiwa itu kami telah mula mendengar perkataan-perkataan baru dari mulutnya selari dengan peningkatan usianya.


Uniform sekolah ini masih tersimpan buat kenangan
       Dulu Syahmi menangis ke sekolah tidak henti-henti bikin semua guru panik. Seminggu belajar di Tadika St Teresa, Kuala Terengganu telah mengubah segalanya dalam hakikat kehidupan.  Di sana kami telah dicadangkan oleh guru-guru berpengalaman supaya membuat pemeriksaan doktor pakar kerana kelainan yang ada padanya berbanding dengan rakan yang lain. Akhirnya keputusannya diperolehi bahawa memang hakikatnya Syahmi adalah penghidap autisme.


  Itu cerita dulu.....Syahmi juga telah mengalami  banyak perubahan. Sekarang dia sudah boleh bercakap seperti kita insan normal lain walaupun bunyinya kedengaran agak berbeza kerana menngunakan bahasa baku. Cuma sekali sekala dia diajar untuk menggunakan dialek tempatan(Terengganu kita) mahupun dialek orang kampung kami di Perak.


Tutup telinga kerana takut 

    Sekarang juga Syahmi tidak lagi takut pada bunyi-bunyi melampau seperti dentuman mercun dan mesin kelapa dan sebagainya. Tiada lagi aksi tutup telinga seperti dulu-dulu. Memang sukar dipercayai oleh insan biasa terhadap reaksi sepontannya dengan bunyi-bunyi melampau  ini tetapi itulah hakikatnya. Kebanyakan anak autistik akan memperlihatkan aksi yang serupa bila berhadapan dengan bunyi-bunyi yang kurang disenanginya.



Senyum Sokmo! 
  Sekarang, Syahmi juga boleh belajar sama seperti anak-anak normal lain dan melalui pengalaman yang sama seperti anak-anak sebayanya. Syahmi juga boleh menjawab soalan exam seperti yang lain dan mendapat keputusan yang baik walaupun bukan yang terbaik dalam kelasnya. Cukuplah dikhabarkan bahawa setakat ini Syahmi mendapat pangkat A dalam kebanyakan subjek.



Ombak di hati hanya Dia yang mengetahui
    Sekarang...tiada lagi ombak di hati ayah dan ibu untuk meragui AnugerahNya ini. Kerana kami yakin ujian Allah diberi kepada umatnya yang berkemampuan untuk menerimanya. Ibu dan ayah bangga dengan kamu Syahmi!





    


    



   

Thursday, January 19, 2012

Berkawan Bagi Anak Autistik

Berkawan bagi kanak-kanak normal

                 Apabila kita menceritakan perihal kanak-kanak, kawan adalah elemen penting dalam kehidupan mereka. Biasanya kanak-kanak lebih memberi keutamaan kepada kawan-kawannya dibandingkan dengan ahli keluarganya sendiri. Seboleh-bolehnya mereka ingin sentiasa bersama dalam menjalani aktiviti  seharian. Berkongsi suka duka, hilai tawa dan sebagainya.  Ini adalah situasi normal dalam dunia kanak-kanak.


                   Berkawan bagi anak autistik adalah sesuatu yang sukar bagi mereka kerana golongan ini mempunyai  dunianya yang tersendiri dimana kita sebagai insan normal sukar memahaminya. Mereka lebih suka menyendiri dan bercakap dengan imaginasi sendiri yang kadang-kala boleh ditafsirkan sebagai 'kurang waras' bagi sesetengah daripada kita  yang tidak mengenali dunia hakiki insan istimewa ini. Namun harus diingat, kita tidak harus membiarkan mereka hanyut dengan dunianya sahaja, malahan tugas besar kita sebagai ibubapa untuk menarik mereka supaya boleh bergaul dan berinteraksi dengan masyarakat sekeliling.


                   Sebenarnya, kelmarin 18hb Januay 2012 adalah tarikh bersejarah dalam hidup Syahmi Asyraff kerana buat pertama kalinya saya menyaksikan dia menerima kawan-kawan dalam persekitarannya semasa menyertai acara merentas desa di sekolah. Dia boleh berinteraksi dua hala dengan kawan-kawan sambil nampak bersahaja serta enjoy bersama-sama mereka dalam menamatkan acara sukan tersebut.


Syahmi mendapat kawan baru! 
Kawan-kawan ku
               Saya rasa situasi ini terjadi kerana wujudnya faktor penarik seperti kerjasama antara kawan-kawan yang ingin membantu dan prihatin terhadapnya. Kawan-kawan yang dimaksudkan adala senior-senior di Tahun 6 yang lebih matang dari usianya. Nampaknya mereka lebih bijak menyelami rasa hati Syahmi jika dibandingkan dengan rakan sebaya di kelas. Saya tidak menyalahkan teman sebayanya di kelas, sebagai ibubapa saya amat memahami rakan sekelas juga masih belum memahami karektor seorang insan autisme seperti Syahmi .


               Tidak rugi rasanya tindakan proaktif saya sebelum ini bermesra dengan mengenali anak-anak Tahun 6 ini sambil memperkenalkan siapa Syahmi kepada mereka.  Sambil duduk-duduk di sebelah petang sementara menunggu Syahmi masuk ke kelas Fardhu Ain, saya mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan anak-anak Tahun 6 bercerita tentang anak autisme saya. Yang menggelikan hati, pertanyaan seorang daripada anak Tahun 6 ini yang bertanyakan saya tentang perasaan saya yang mempunyai anak istimewa. Kalau dulu, memang tiada dalam kamus hidup saya tentang OKU, dan saya juga tidak menyelami perasaan menjadi ibubapa yang menerima ujian Allah dalam bentuk sedemikian. Tapi sekarang tidak lagi, kerana saya berbangga dengan hadirnya dia dalam hidup saya. Saya tidak malu-malu lagi untuk memberitahu dunia sekali pun bahawa saya memiliki anak istimewa.


                Sebagai tanda penghargaan kepada kamu semua wahai kawan-kawan baru Syahmi...uncle hasilkan post ini beserta photo-photonya sekali untuk menjadi bahan tatapan kamu semua serta umum. Uncle sangat menghargai kerjasama kamu dalam mewujudkan perkembangan positif Syahmi. Kalau tiada kamu semua...siapa lagi yang akan membantu Syahmi? Terima kasih dan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi memahami situasi Syahmi  kepada TENGKU AIMAN, MOHD FAHMI dan NASHRI DANIAL murid Tahun 6 di Sek Keb Seri Budiman II (2012)....



   

Wednesday, January 18, 2012

Obsesi...

   Bagi  kanak-kanak autistik masing-masing mempunyai minat yang berbeza antara satu sama lain. Jika mereka telah 'jatuh hati' terhadap sesuatu, maka mereka akan berada di tahap obsess sehingga sanggup berjam-jam lamanya untuk mendalami minat mereka itu. Sebagai ibubapa, kita sepatutnya mengenalpasti di peingkat awal lagi tentang minat anak kita itu dan segala input harus diberikan kepadanya untuk diterokai dan ada kalanya mereka akan menjadi expert dalam bidang-bidang itu di masa akan datang.

   
   Ada yang hebat melukis hingga boleh terjual hingga ratusan ribu ringgit nilainya di pasaran, dan ada juga yang boleh menguasai banyak bahasa sedangkan kita tahu bahawa golongan ini mempunyai masalah besar terhadap perkembangan bahasanya. Begitulah keajaiban yang ada pada insan autistik ini yang harus kita gali dan terus gali supaya 'hidden talent' yang ada pada mereka tidak terpendam kerana kealpaan kita sebagai ibubapa.









'Laptop' ku yang pertama

  Bagi Syahmi,  dunia komputer adalah minatnya yang terserlah semenjak usia 3 tahun lagi. Ke hulu dan ke hilir  konon-kononnya 'laptop' dibawa ke mana-mana untuk menjadi bahan mainannya sambil memperolehi pembelajaran awal untuk mengenal huruf dan nombor. Lagu kanak-kanak juga ada dimuatkan di sana untuk menarik perhatiannya.


Hariraya pun masih dengan laptop
  Setelah usianya 4 tahun, kami dapat melihat minat yang mendalam terhadap bidang ini berterusan dan mula menguasai laptop yang sebenarnya, bukan 'konon-konon' lagi. Tidak perlu diberi tunjuk ajar, cukup sekadar menjadi pemerhati pada peringkat permulaannya dan akhirnya selok belok samada berliku z mahupun lurus dalam bidang  ini dapat dikuasai dengan pantasnya.


Yang tinggal hanya jasad,,,,nyawa dah  melayang!
 Sekarang, Syahmi telah memiliki laptop sendiri untuk kegunaan peribadi....hehehe... 'Laptop' zaman kanak-kanak sudah dibiarkan usang dimamah usia. Dari pen drive 8gb kini request pula untuk mendapatkan hard disk 500gb. Segala yang diminati dimuatkan di sana untuk reference bila diperlukan.


    Masa-masa lapangnya banyak dihabiskan dengan laptop untuk melayari info-info terkini tentang  dunia angkasalepas.....Kelengkapan yang ada digunakan untuk menghasilkan video arahan dan lakonan sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak. Dalam diam....dia bersendirian menghasilkan video yang tidak kurang hebatnya. Sama seperti video di Youtube yang dihasilkan oleh anak-anak Mat Saleh tu....Syahmi banyak menghasilkan video tentang kapalterbang (unboxing an airplane). Anak istimewa kita juga boleh! Cuma peluang harus diberikan serta kesabaran kita untuk mendidiknya.


 
     Inilah teman baik Syahmi di kala suka dan duka... Tanpanya sunyilah sebahagian kehidupan Syahmi seperti pungguk rindukan bulan dan akhirnya jadilah macam cacing kepanasan hehehe...silap-silap tantrum pun datang. Inilah masalah yang ada pada anak-anak autistik kebiasaannya kerana terlalu obsess terhadap sesuatu yang diminatinya. Sebagai ibubapa kita kena sentiasa memantau obsess yang melampau ini supaya anak ini dapat membataskan masa antara minat dan realiti kehidupan.






         

Saturday, January 14, 2012

Pesanan Ikhlas Seorang Pesara Guru Kepada Guru-Guru Semua....



Dalam Qiam Sucikanlah Zat Tuhan mu
Masa Rukuk Rasakan Kebesaran Sifat-Nya
Dalam Sujud mu Ingatlah Perjanjian mu Dengan Tuhan Dan Alam Roh
Duduk Tahiyyat Ingatlah Segala Nikmat Kurnia Tuhan mu Atas mu, Sabar, Redho, Syukur dan Ikhlaslah Di atas Dunia Ini



Pra Pendidikan Khas (2008) - Syahmi (2 dari kiri) bersama kawan-kawan
juga Cikgu Rosma binti Jasni dan Cik Fazima


Ada yang down syndrome dan ada pula yang autisme malahan pelbagai masalah pembelajaran murid-murid dididik dengan ikhlasnya. Ada yang masuk ke kelas dengan kerusi rodanya dan ada juga yang enggan masuk ke kelas dan tidak kurang pula yang masih menggunakan lampin pakai buang.


Semuanya dilalui dengan rasa sabar, tiada perasaan jijik, tiada rasa benci. Walaupun air hingusan penuh di pipi, kencing berlari-lari  segalanya dianggap amanah Ilahi untuk diberi pendidikan di dunia yang sementara ini.  Mencurahkan  ilmu pada insan-insan istimewa yang dijanjikan syurga di sana nanti.


Bersyukur kerana anda antara insan-insan terpilih melaksanakan amanah menyebarkan ilmu pengetahuan, obor yang membakar diri untuk menerangi hidup orang lain.  Betapa mulianya pengorbanan anda semua. Allah pasti menyediakan ganjaran buat mu nun di sana nanti setimpal dengan segala khidmat bakti anda wahai guru.



Sekadar Renungan




Hasil Nukilan Bekas Guru dan Sahabat Saya - Jaafar Said



Friday, January 13, 2012

Gong Xi Fa Chai....2012

     Sebagai permulaannya, ingin saya memperbetulkan sebutan kita yang tidak menguasai penggunaan Bahasa Mandarin yang betul bagi ucapan 'Gong Xi Fa Chai'. Kebiasaannya kita akan menyebut Gong sebagaimana sebutan dalam Bahasa Melayu....sedangkan dalam Bahasa Mandarin 'G' harus dibunyikan seperti huruf 'K'. Oleh sebab itu kita akan mendengar orang Cina  menyebut 'Kong Xi Fa Chai' walaupun ejaannya Gong Xi Fa Chai'. Ada beberapa lagi huruf yang mempunyai sebutan yang berbeza sebagaimana huruf  'G' tadi. Contohnya 'Beijing' dimana huruf  'B' haruslah dibunyikan sebagai 'P' maka bunyi yang sebetulnya ialah 'Peijing'. Ini hanya  sekadar berkongsi ilmu pegetahuan sesama kita....walaupun ilmu saya juga tidak setinggi mana.


  Bagi menghargai negara kita yang terdiri dari masyarakat berbilang kaum...apa salahnya pada kali ini kita bercerita tentang Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 23hb January 2012 nanti. Menurut kalendar masyarakat Cina, tahun ini merupakan tahun NAGA....dan semestilah bagi masyarakat Cina mereka  mengharapkan kedudukan ekonomi yang lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.


   Dalam memperkatakan masyarakat Cina....mereka amat prihatin untuk memperjuangkan hak-hak golongan Orang Kelainan Upaya seperti menawarkan khidmat sukarela terhadap organisasi -organisasi kebajikan. Mereka juga berjaya mencungkil bakat-bakat anak istimewa mereka seperti kejayaan anak autistic bernama Adik Ping Lian Yeak hingga menjadi seorang savant artist yang mampu meraih ribuan ringgit hanya dengan menjual hasil lukisan 'Masjid Ubudiah' dengan harga RM100,000-00 pada tahun 2004 ketika umurnya 11 tahun........wow hebatnya!


Adik Ping Lian Yeak   Specially Gifted Artist
 
      Bagi Syahmi, walaupun melukis bukan kegemarannya...mungkin ada keistimewaan lain seperti kehebatanya dalam pengendalian perisian komputer menjadi kelebihannya. Seharusnyalah  Syahmi diberikan peluang seluas-luasnya  untuk mendalami kelebihannya itu.  Semoga Syahmi  berjaya juga suatu hari nanti, InsyaAllah.....Mencontohi perkara-perkara positif dari bangsa lain tiada menjadi kesalahan....yang penting kita belajar dari kesilapan lalu.

Saya suka....semua orang suka!
    Berbalik kepada Tahun Baru Cina nanti,  bagi Syahmi memang perayaan ini ditunggu-tunggu kerana 'ang pow' merah menjadi lumrah diterima dari sahabat-sahabat ayah berbangsa Cina. Harus diingat bahawa masyarakat Cina di Terengganu khususnya, adalah sangat toleran dengan bangsa Melayu. Mereka boleh bercakap dalam dialek Terengganu dengan fasih sekali...dan yang lebih dihargai ialah setiap kali Tahun Baru Cina mereka akan menyediakan makanan yang dikendalikan oleh pengusaha makanan Melayu seperti menu Nasi Dagang, Nasi Kuning, Nasi Minyak dan sebagainya.  Jadi kita tidak berasa was-was untuk menikmati hidangannya kerana  pinggan mangkuk yang digunakan juga disediakan oleh pengusaha  Melayu tersebut. Ini mungkin disebabkan masyarakat Cina di sini adalah golongan minoriti dimana mereka sering bergaul dan telah memahami konsep makanan halal yang diterima oleh masyarakat Islam.


Banyak sangat dimakan.....tentu perit tekak dibuatnya!
   Limau mandarin adalah buah tangan yang pasti dijadikan pilihan oleh teman-teman ayah yang berbangsa Cina untuk tetamu pada Tahun Baru Cina mahupun dihantar terus ke rumah seminggu sebelum menjelangnya perayaan tersebut. Terlalu banyak memakannya boleh jadi perit di bahagian tekak....hati-hati ya! Namun kebaikannya dapat melawaskan usus kita. Mudah dan lega rasanya kalau keluar dari tandas.  Tidak perlu bekerja keras....Maaf! jika ada yang tersinggung.....Kalau dah dapat free, kita munafaatkan pemberian orang....setahun sekali bukan sepanjang tahun. Hamper juga antara buah tangan yang menjadi pilihan masyarakat Cina untuk diberikan kepada teman-teman rapat biasanya. Walaupun melibatkan kos yang agak tinggi tetapi memang masyarakat Cina sanggup berhabisan untuk menyambut Tahun Barunya setelah berpenat lelah meningkatkan ekonomi keluarga di sepanjang tahun. Konsep ini agak berbeza dengan masyarakat Islam dimana kita digalakkan untuk bersederhana dalam segala hal.

Hamper

   Yang paling penting, dalam menyambut perayaan Tahun Baru Cina ini ialah ingatan yang abadi kami kepada Teacher Ling Hua Leng yang suatu ketika dulu berkhidmat di Sek Keb Seri Budiman II (Pendidikan Khas), Kuala Terengganu. Walaupun tugasnya hanya memantau dari jauh perkembangan Syahmi di aliran perdana, namun beliau sentiasa ada untuk membina kekuatan Syahmi ketika mula-mula menduduki kelas di aliran perdana . Tidak mengira masa beliau sentiasa berada di belakang Syahmi untuk memberi moral support terhadap perkembangan anak ini dan sentiasa mendapatkan feed back dari guru-guru biasa di aliran perdana.

Kenangan Bersama Teacher Ling

 Walaupun dia sudah tiada lagi bersama kami  kerana telah berpindah ke sekolah lain... hanya seikhlas ingatan dan harapan  agar beliau berjaya dalam kariernya.










   

Thursday, January 12, 2012

A Quick Guide To Understanding Your Child


Understanding your child is one of the most important things that you should learn as a parent. It is very helpful in becoming effective in guiding and nurturing your child as they grow and mature. You need to bear in mind that your child has a unique personality trait that remains consistent throughout life.

Am I an autistic boy?  I like to arrange an objects in a row
One of the ways you can understand your child is by observing them as they sleep, eat, or play. Look for the consistent traits. Which activities do they like best? Is adjusting to changes easy for them or do they need time to become familiar with these things? These things are the normal characteristics of a child and your child may not be an exception.

As much as possible, have time to talk to your children as this is crucial to gaining information and understanding. In the case of young children, they require less verbal language and more facial expression and body language in order to understand their thoughts and feelings. Asking them questions will allow them to share their feelings to you.
For example, rather than asking them what they did in school, ask them what they built with their blocks today. Instead of asking them if they played with their playmate, focus on the game they played.

Another way of understanding your child is by taking a look at their environment in order to learn about a certain behavior that you have observed. Relatives, child care providers, friends, teachers, the community, the home setting, and other aspects of the environment can play a crucial role in the behavior of your child. For example, if your child is showing aggressiveness towards other children at school, you may want to find out all the possible sources of their aggressive behavior.

Some possible angles would be their association with another child who is showing aggressive tendencies as well. The environment at home is another possible source for such behavior. Have there been conflicts and arguments at home lately that was seen by your child? What about in the community? These are some angles that you should consider when trying to find the reason behind your child's aggressive behavior.

In addition, you can learn about your child by observing other children belonging to the similar age group.  You can check out books, browse the Internet, attend a class about child development. Bear in mind that you went through the same stages as a child so more or less the behavior of children in that same stage would be similar. However, the speed of development through each stage is a personal thing.

By understanding your child's development, you will be able to provide them with opportunities as well as toys that can boost their development and prepare them for the next phase of their growth. At the same time, you as a parent would be able to set expectations and limits that are acceptable to your child.

Although  I am an autistic, my eye-contact  is very good when dealing with camera
Being a responsible parent is hard specially in this day and age when parents spend more time working rather than being with their kids. Quality time is difficult to achieve when you are trying to juggle your time between corporate life and parenthood. Not many people achieve success in parenthood and this could be frustrating on your part. Understanding your child is one effective way of becoming successful in the art of parenting.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...