A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF

A GIFT FROM HEAVEN

YOU ARE NOT ALONE......

A GIFT FROM HEAVEN

FAMILY OF FOUR

A GIFT FROM HEAVEN

AUTISM BOLEH

اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, June 27, 2012

Biar jadi Sang Kura-kura???

     


Pernah suatu masa, ketika saya mula-mula disedarkan bahawa anak saya autisme, segala harapan terhadap anak saya seolah-olah berkecai seperti kaca terjatuh ke batu. Namun di kala itu, saya belum mengetahui  apa itu autisme. Dengar cakap-cakap orang memang boleh mematahkan semangat.


Mrs Chua, guru pertamanya...
             
Mrs Chua, ialah guru di sebuah tadika yang menyedarkan kami bahawa Syahmi seorang anak istimewa. Melalui pengalaman beliau mengendalikan anak-anak di tadika biasa, saban tahun memang ada kes-kes seperti Syahmi dimana ibubapa tidak sedar tentang kelainan yang ada pada si anak. Walaupun rasa nak luruh jantung  ketika mendengar penjelasannya tentang kelainan yang ada pada Syahmi, semangat terus diberi oleh Mrs Chua bagi kami meneruskan langkah untuk mendapatkan saluran yang sesuai demi masa depan si anak.


Biarlah  mereka umpama Sang Kura-kura....
                               
Bila dah bertahun berpengalaman membesarkan anak autisme, saya percaya harapan untuk anak ini sentiasa ada. Tahun demi tahun peningkatan kemajuan mereka boleh dilihat dengan ketara. Seharusnya kita ada matlamat untuk mengukur pencapaian mereka. Jangan pula diletakkan penanda aras yang terlalu tinggi seperti anak-anak normal. Biar sedikit asalkan ada kemajuan. Biar seperti Sang Kura-kura, jangan jadi Sang Arnab kalah dek kerana terlalu selesa.


Biar peringkat permulaan sebelum mereka masuk ke alam persekolahan target kita untuk membebaskan mereka dari masalah pengurusan diri seperti  toilet-training.  Biarkan anak orang lain telah mula membaca dalam usia yang sebegini......biarkan.....redha dengan ketentuan Allah terhadap anak istimewa kita.  Yang pasti WALAU SEKELUMIT KEMAJUAN DICAPAI, TERASA BESAR NIKMATNYA bagi kita sebagai ibubapa. Baru kita faham erti kesyukuran yang sebenar.


Ibubapa kepada anak-anak normal lain mungkin tidak dapat merasai pengalaman ini, malah kebanyakan kita akan sentiasa tamak terhadap pencapaian anak-anak. Kalau boleh kita mahukan segalanya yang terbaik dari anak kita. Sedarlah kita bahawa anak-anak istimewa memerlukan pendekatan yang amat berbeza untuk membantu mereka. Intervensi awal sangat penting, sementara pencapaiannya sangat perlahan...merangkak-rangkak umpama Sang Kura-kura.


Ingatlah, Sang Kura-kura juga yang akhirnya sampai dulu ke garisan penamat bukan lawannya Sang Arnab yang terlalu selesa dengan kemampuannya. Kesabaran penjaga amat dituntut supaya nasib anak istimewa kita terbela.....


Jangan terlalu selesa....pelan-pelan kayuh


Sunday, June 24, 2012

Ayah dah terlupa.... Hari Bapa...(17.06.2012)

                           


Selamat Hari Bapa

                     16 tahun saya memegang title 'Bapak Orang'......sibuk dengan tugas sebagai pekerja kepada majikan, suami kepada si isteri  serta bapa kepada anak-anak membuatkan saya lupa dan tak ambil kisah tentang Hari Bapa yang telah berlalu. Bagi saya, asalkan keluarga saya bahagia maka hari-hari adalah hari bapa.....


                      Mempunyai 2 orang anak sementara seorang  darinya anak istimewa dalam keluarga memang kerap memikir akan jaminan masa depan, terutamanya pada yang istimewa.  Sedangkan si bapa terlupa lagi dengan janji Allah bahawa setiap anak ada rezeki yang ditentukanNya....apatah lagi anak syurga!  


Dua beradik sahaja!

                       Jauh di sudut hati, kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Sebagai ayah, tiada beza kasih sayang buat keduanya cuma yang bongsu kadang-kadang memang minta dimanjakan lebih. Diharap si abang  lebih memahami keadaan. Semoga ayah diberi kekuatan oleh-Nya bagi  menjalankan tanggungjawab terhadap kedua amanah ini....aamiin....



Yang di kiri mahupun di kanan tiada bezanya bagi ayah!

                      

Saturday, June 23, 2012

The One Cause of Anxiety Disorders

Anxiety disorders are varied and include things like social anxiety, post-traumatic stress disorder, and phobias. Millions of people around the world are diagnosed with an anxiety disorder during their lifetimes, and so many are looking for answers as to what has caused this medical condition, which can be quite serious. The title here may be misleading, because there really is no one cause of anxiety disorders. You may have an anxiety disorder for any number of reasons, or a combination of reasons. In order to learn more about your condition and try to pin point its cause, here are a few of the things that play into the development of an anxiety disorder.

First and foremost, many people want to know if anxiety disorders are genetic and can be passed on to future generations. Studies show that this may be the case. If a parent has an anxiety disorder, there is a chance that you may get this disorder as well. However, family factors may play a role in this as well. When you are raised in a household in which someone has an anxiety disorder, you are essentially taught these panic behaviors as well. Phobias are especially common to be passed to other family members. Insure relationships with parents may also cause anxiety disorders later in life. In short, this may be partially due to genetics, but also has something to do with your childhood environment as well.

Other environmental experiences outside of your childhood living conditions play into the development for anxiety disorders as well. If you have a traumatizing event as a child, or even as an adult, that even could either stay with you, causing post-traumatic stress disorder, or could affect your thinking, causing other types of anxiety disorders. Social pressures and culture may play a role in this as well, teaching people to become anxious at certain times or fearful of certain things.

An anxiety disorder may also be the result of health factors not related to genetics. Phobias and other anxiety disorders sometimes develop due to a chemical imbalance in the brain, especially with the chemical serotonin, which also affects depression in some people. Evolution comes into play, because you automatically have a fight-or-flight system built into our brains. The foods we eat, amount we exercise, and sleep we get every night all play roles into how our brain functions.

Lastly, anxiety disorders may develop due to stress. When you are stressed about something, you may find that you slow start to wear out. While our bodies are built to handle certain amounts of stress, over time, this simply breaks down and we give in to anxiety, which can develop into an anxiety disorder. No matter what the reason, however, it is simply important that you ask for help dealing with your condition. 

Friday, June 22, 2012

Terkenang Pada Teacher Ling....

                     

Teacher Ling bersama Syahmi (bertopi biru)

               Budi yang baik dikenang jua......inilah wajah Teacher Ling yang banyak berjasa pada perkembangan Syahmi dalam pembelajarannya. Beliau hanya mengajar Syahmi selama dua bulan di Pendidikan Khas, kemudian Syahmi diputuskan untuk diinklusifkan ke mainstream di Tahun 1 (2009).


               Peringkat awal Syahmi diinklusifkan, beliaulah guru yang mengambil berat tentang Syahmi di mainstream. Dalam diam dia akan menjenguk anak ini di kelas barunya. Kadang-kala dilihatnya Syahmi sedang tidur lena di meja sedangkan guru sedang mengajar di hadapan. Segala perkembangan dipantaunya termasuk makan minum anak ini semasa rehat juga waktu balik dari sekolah.


              Guru ini amat kreatif, apabila Hari Ibu mahupun Hari Bapa maka beliau sendiri akan menghadiahi bunga kepada ibubapa setiap anak didiknya. Sayang sekali beliau akhirnya ditukarkan pula ke sekolah lain ketika Syahmi memulakan pembelajarannya di Tahun 2 (2010). Maka tinggallah anak didiknya yang ini berdikari meneruskan cabaran di aliran perdana. Terima kasih Teacher Ling, kenangan bersama teacher akan tetap diingati sampai bila-bila.


Kiriman SMS pengganti diri....dari Teacher Ling buat Syahmi






                          

Wednesday, June 20, 2012

Berteduh Di bawah Payung AUTISME SPECTRUM DISORDERS

                         
A Group Of Disorders With Similar Features


             Sukar untuk diterangkan tentang AUTISME dan rasanya imej di atas lebih relevan untuk menggambarkan AUTISME.  Ramai yang tertanya-tanya, ramai yang salah anggap dan ramai juga yang ignore sebab keliru mendengar pelbagai versi cerita tentang AUTISME. Kadang-kadang ada cerita misteri, ada yang kelakar dan ada yang sedih serta  tidak kurang juga yang menakjubkan kerana excel dalam bidang tertentu. Sebenarnya apakah AUTISME?

                               
             Bagi saya, AUTISME adalah kelompok yang teristimewa dari kelompok-kelompok istimewa yang lain . Mereka berkongsi di bawah payung yang sama dengan pelbagai jenis AUTISME  seperti Autistic Disorder, Asperger's Disorder, Childhood Disintegrative Disorder, Rett's Disorder,  Pervasive Developmental Disorder - Not Otherwise Specified. Namun tiap-tiap dari insan autisme ini tidak 100% memiliki symptom -symptom yang sama diantara satu sama lain. Masing-masing mempunyai  individual pattern.  Ada yang severe dan ada juga yang mild. Ada pula yang verbal dan ada yang non verbal. Manakala yang high-functioning, tidak mustahil mereka boleh menggegarkan dunia.


Mereka yang pakar juga masih menkaji tentang AUTISME!

             Sebagai ayah kepada seorang anak AUTISME, saya juga kekadang terkeliru dengan perbezaan antara anak istimewa ini. Memandangkan anak saya hanya mild, kekadang saya terlupa tentang sahabat yang mempunyai anak AUTISME yang severe keadaannya. Asyik bercerita anak dah boleh bercakap, anak dah boleh membaca, anak dah boleh itu dan ini hinggakan terlupa bahawa ada ibubapa yang masih tertunggu-tunggu nikmat itu menjadi miliknya.


             Untuk mengetahui dimana anak AUTISME anda dikategorikan, maka anda hendaklah mendapatkan nasihat dari mereka yang berkepakaran.  Yang penting ke semua kategori AUTISME ini memerlukan bantuan ibubapanya juga sokongan masyarakat sekeliling untuk membebaskan  mereka dari kekangan semulajadi. Walau tidak sepenuhnya....meminimakan pun sudah dianggap suatu kejayaan!


Bantulah mereka!
                                         

Monday, June 18, 2012

Pengalaman Mengawal Emosi (Tilawah Al Quran)




Bersemangat!
Menunggu undian bagi menentukan
giliran untuk memperdengarkan bacaan
Setelah selesai memperdengarkan bacaan...

Beberapa jam menunggu acara keseluruhannya selesai

Saat-saat diumumkan sebagai pemenang
tempat ke 3
Bergambar kenangan bersama GPK (kanan)
dan Ustazah Noriah (kiri)

Syukur ya Allah! Tiada tantrum hanya berulang kali bertanya bila dan bila lagi nak balik? Mundar-mandir sekitar kawasan sekolah ditemani ibunya untuk melegakan penyiksaan menunggu keputusan tilawah yang mengambil masa hingga 3 jam memandangkan  banyak acara yang dipertandingkan.

Syabas. Syahmi dapat membawa balik kemenangan, pengalaman dan belajar menjadi orang yang sabar menerima keputusan yang ditentukan-Nya. Alhamdulillah......

Kenapa kena daftar OKU?


Pelbagai  kategori Kelainan Upaya
                         
Tidak terlintas di fikiran saya si comel yang ketika itu berusia 5 tahun akan didaftarkan sebagai OKU (Orang Kelainan Upaya) akhirnya,  setelah mendapat pengesahan doktor bahawa Syahmi mengalami Mild Autisme.  Rasa gelap masa depan anak ini dengan label tersebut.


Mana tidaknya, OKU selalu menjadi bahan gurauan dan sindiran di kalangan masyarakat  yang kurang sensitif dengan insan sekeliling yang kurang bernasib baik.  Kekadang terhiris juga rasa di hati apabila gurauan teman-teman yang tanpa disengajakan singgah di telinga saya. Rasa nak kasi dushhhh sekali......pada insan-insan yang tak sayang mulut ni! Semoga Allah memberi kesedaran kepada mereka....amin.


Menurut laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat, terdapat 7 Kategori yang dipertimbangkan untuk didaftarkan sebagai OKU di jabatan berkenaan. Antaranya ialah :

                       1.   Masalah Pendengaran
                       2.   Masalah Penglihatan
                       3.   Masalah Pertuturan
                       4.   Ketidakupayaan  Fizikal
                       5.   MASALAH PEMBELAJARAN
                       6.   Masalah Mental
                       7.   Pelbagai


Saya hanya ingin  menyentuh tentang kategori ke 5. Masalah Pembelajaran  dimana ia merujuk kepada masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikal. Mereka yang tergolong dalam kategori ini adalah lewat perkembangan global, seperti insan-insan Down Syndrome, lembab dan kurang upaya intelektual. Ia juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu. seperti insan-insan Autisme (Autistic Spectrum Disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran specific seperti Dyslexia, Dyscalculia dan Dysgraphia.


Demi masa depan anak-anak istimewa kita, tindakan mendaftarkan mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai pemegang kad OKU merupakan langkah tepat walau jiwa kita ibubapanya rasa pedih dengan label tersebut. Jika Pendidikan Khas tempatnya, biarlah mereka yang berpengalaman  untuk mengendalikan pembelajaran anak-anak istimewa di sekolah aliran tersebut yang memikul tanggungjawabnya. HARUS DIINGAT tanpa Kad OKU.....sekolah-sekolah kerajaan di negara kita tidak menerima penempatan murid-murid istimewa. Cuma apa yang harus  dibawa semasa urusan pendaftaran di JKM hanyalah, 2 salinan surat beranak/kad pengenalan si anak, 3 keping gambar ukuran passport, surat pengesahan doktor kerajaan/swasta yg diiktiraf.....itu saja (kemungkinan berlaku sedikit perubahan di masa akan datang, sila pastikan dengan JKM terlebih dahulu).


Terdapat kemudahan-kemudahan yang ditawarkan kepada pemegang kad OKU. Antaranya elaun RM150 sebulan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah, kemudahan pelepasan cukai RM5000 kepada ibubapa yang mempunyai anak OKU, saluran khas bagi penempatan pelajar OKU ke IPTA tanpa perlu bersaing  dengan kategori biasa, pengecualian bayaran rawatan perubatan di hospital kerajaan, pengecualian bayaran membuat  MyKad juga passport antarabangsa. Pelbagai lagi kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi para pemegang Kad OKU. Untuk maklumat lanjut sila layari ke laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.



Contoh kad OKU


Berfikiran positiflah  demi masa depan anak istimewa kita supaya hak-hak mereka di dalam masyarakat terbela.  Perjalanan masih jauh.......semoga tiada lagi pandangan sinis masyarakat terhadap pemegang Kad OKU  di masa akan datang.
                           

Friday, June 15, 2012

Ibubapa mesti berilmu!

                               Bila pertama kalinya saya berhadapan dengan realiti bahawa anak saya seorang insan autisme (tahun 2007), maka tertanya-tanyalah saya apa itu AUTISME?  Sejauh mana  kepakaran pihak hospital untuk mengesahkan anak saya bermasalah autisme? Bagi saya, Syahmi tiada yang kurangnya. Hanya lambat bercakap, sedangkan menurut kata Opah 'pakar' rujuk  kami di kampung katanya.... masalah biasa jer.. anak orang lain pun ramai yang macam tu. 

Opah di kampung pun ada bidang yang menjadi kepakarannya!


                               Oleh itu,  ilmu amat penting bagi kita. Kalau tidak berilmu bagaimana kita hendak mengetahui tentang Autisme? Kalau tidak dengan ilmu, bagaimana pula kita hendak menerima ketentuan Ilahi ini dengan ikhlas? Kalau tidak berilmu juga, bagaimana hendak menangani cabaran mendidik anak jannah ini nanti? Bukan sehari dua, malah selagi hayat dikandung badan amanahNya perlu dipikul kerana kita ibubapanya. Jalan penyelesaiannya adalah melalui ilmu, ilmu dan ilmu......itu yang perlu kita cari. 

.
Jangan malu bertanya!

                                 Dewasa ini, kita boleh mendapatkan maklumat dengan mudah melalui internet. Taip saja AUTISME/AUTISTIC/AUTISMA,  maka berderetlah  infomasi berkenaan topik berkaitan dapat dilayari. Memandangkan autisme merupakan perkara baru bagi kita di rantau ini, maka kuranglah infomasi yang diolah di dalam Bahasa Melayu. Kebanyakannya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara. Bagi yang aktif di laman sosial Facebook - Autisme Malaysia  adalah antara jalan mudah untuk mendapatkan ilmu secara percuma menerusi  soal jawab di kalangan  ibubapa kepada anak autisme yang datangnya dari pelbagai latarbelakang.


                                 Bahan bacaan pula, memang amat terhad. Kalau setakat kami nun jauh di Pantai Timur ni.....buku-buku yang berkaitan dengannya hampir tiada di pasaran.  Mungkin disebabkan kurangnya sambutan, maka janganlah disalahkan si empunya kedai buku. Kita sebagai ibubapa kena usaha lebih untuk memperbanyakkan ilmu. Sesiapa yang berkemampuan, bolehlah membuat pembelian  buku-buku berkaitan dengannya melalui pesanan di internet. Bagi mereka yang menetap di Kay Ell dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, maka boleh juga menghadirkan diri ke kelas-kelas yang kerap dianjurkan oleh pihak yang prihatin seperti Fakulti Pendidikan UKM dalam usaha memberi pendidikan berkesan kepada ibubapa terhadap anak syurga masing-masing. Dari menghadiri 'mesyuarat tingkap', baik ke sana untuk mendapatkan ilmu!


                                  Semasa sesi temujanji di hospital samada dengan Pakar Perunding Psychiatry, Speech Therapist dan sebagainya. maka ambillah peluang untuk mencedok sebanyak mungkin ilmu dari mereka yang berkepakaran. Kikiskan sikap malu bertanya kerana  mereka adalah pakar rujuk yang paling berpengetahuan dan berpengalaman mengendalikan kes-kes seumpamanya.


                                   Sekiranya ilmu telah lengkap di dada, dengan tindakan yang bersepadu ....insyaAllah  kita akan berjaya mengatasi rintangan yang berliku dalam membesarkan insan istimewa ini. Sepanjang  pengalaman saya mempunyai anak istimewa, Syahmi.....sememangnya diakui bahawa sebagai ibubapanya kita kena 2X lebih bijak dari anak ini yang sarat dengan idea-idea di luar jangkaan kita...Jangan pandang rendah kepada insan istimewa ini ......Kita kena bersedia!



Pasti berjaya!
                                   
                                  

                                 


                                 


                                
                                 

Wednesday, June 13, 2012

Sabar ! ! !

                           Sabar menangani kekangan semulajadi yang ada padanya.....sabar dengan usaha-usaha untuk membebaskan mereka atau sekurang-kurangnya meminimakan  kekurangan yang ada ......sabar menghadapi penerimaan  masyarakat luar terhadap mereka dengan  pelbagai reaksi.....sabar, sabar dan sabar dalam segalanya.
                     
Hilang sabar!


                         Kekadang kesabaran kita tergugat dalam mengendalikan mereka. Boleh terangkat kening-kening, dan 'naik tangan' sekali sekala tapi elakkan hingga mencederakan mereka. Biarlah sayangkan anak tangan-tangankan......dalam ertikata sebagai pengajaran.

                           
                         Bagaimana nak mengembalikan kesabaran kita? Cuba kita LIHAT kawan-kawan yang telah melalui pengalaman  pemergian anak mereka sama ada yag masih kecil apa tah lagi yang dah besar panjang menemuiNya yang Esa.......Apa perasaan mereka?  Airmata tak kering-kering dan seolah-olah seperti separuh dari nyawa telah dibawanya pergi bersama.......


                         LIHAT juga pada mereka yang menerima dugaan lebih hebat dari kita. Ada antara keluarga yang memiliki anak-anak istimewa bukan seorang malah berdua dan ada yang tiga.  Bagaimana ibubapa ini membina kesabaran sebegitu tinggi dalam membesarkan anak-anak mereka.  Alangkah bertuahnya kita sebab dugaan yang diberi hanya sedikit jika dibandingkan dengan mereka.

                       
                         Akhir sekali jangan lupa LIHAT pada diri sendiri yang begitu kerdil di sisiNya. Mungkin inilah cara DIA yang maha mengetahui untuk memberi laluan pahala kepada kita. Ada hikmah di sebaliknya....pujuklah jiwa dan  bersabarlah menerima kehadiran anak syurga kita.  Walaupun sabar itu kadang kala pahit untuk ditelan  tetapi ia amat indah di sisiNya...

                   
                     


                       
                       
                       



                       
                       

                           


Friday, June 8, 2012

Autisme ke Syahmi?

                 

Ramai yang kata Syahmi nampak seperti budak normal. Ada juga yang bertanya saya, "Dimana kurangnya budak ni?".  Dan yang lebih menggelikan hati saya, semasa Syahmi menyertai Tilawah Al Quran baru-baru ni, ada pihak atasan yang bertanya, "Syahmi ada kad OKU?". Tambahnya lagi, "Dapat bantuan ke seperti pelajar OKU yang lain?"

Lahiriah yang nampak sempurna!

Pada satu peringkat, dada saya rasa lapang bila mengenangkan Syahmi lebih bernasib baik dari anak-anak autisme yang severe kondisinya. Alhamdulillah, cubaan ku hanya minima jika dibandingkan dengan ibubapa kepada anak-anak autisme lain yang hyperaktif, non-verbal, sawan dan sebagainya. Mengapa kadang-kadang saya masih mengeluh dengan keletah anak syurga saya? Astaghfirullah, lemahnya hamba Mu ini......Ya Tuhanku!


Boleh  menunggu giliran seperti yang lain!
                             
Pada peringkat yang lain, saya rasa gerun  kerana disebabkan penampilan Syahmi yang normal membuatkan masyarakat sekeliling menganggapnya sama seperti anak-anak lain. Sedangkan hakikatnya Syahmi tetap mempunyai ciri-ciri autisme seperti yang lain. Konflik tetap wujud semasa dia di sekolah mahupun dalam pergaulannya dengan sanak saudara. Saya tahu ramai yang terasa hati dengan tingkah laku Syahmi.


Dengan guru-gurunya di mainstream yang tidak berpengalaman mengendalikan anak istimewa seperti Syahmi, beberapa kali insiden yang menggusarkan saya berlaku. Antaranya Syahmi menegur secara direct gurunya yang garang, dan pernah juga suatu ketika Syahmi naik berang bila dimarahi guru yang menjerit ke arahnya bila dia sedang asyik dengan Scary Maze di makmal komputer sekolah. Tindakan Syahmi yang seterusnya terhadap guru berkenaan adalah menghantar sekeping nota dengan ayat 'SAYA BENCI AWAK, SILA MENGAJAR DI KELAS LAIN'.


Hanya guru terlatih yang dapat memahaminya

Begitu juga dengan pergaulan dengan sanak saudara terutamanya bila balik ke kampung. Di sanalah kita nak bermesra dengan ahli keluarga yang lain setelah lama tidak berjumpa. Malangnya, Syahmi akan buat-buat tak dengar jka diarahkan membuat sesuatu yang tidak menarik minatnya. Syahmi juga tidak mengendahkan jika sepupunya terutama yang masih kecil cuba nak bermain-main dengannya. Pasti Syahmi akan menunjukkan muka yang mencuka sebagai tanda kurang senang dengan  anak-anak kecil itu. Adakah kerana Syahmi anak bongsu ataupun kerana autisme? Saya pun kekadang naik confuse dibuatnya.

Atok pun kekadang confuse dengan tindak tanduk Syahmi!

Bagi yang memahami tingkah laku anak-anak autisme, mungkin keadaan  tidak berlarutan hingga ke tahap serius. Anak autisme tidak suka dipaksa-paksa melakukan sesuatu yang tidak menarik minatnya. Inilah antara dilema anak-anak autisme yang nampak normal, sedangkan hakikatnya mereka tetap mempunyai kekangan semulajadi yang boleh menyebabkan masyarakat di luar sana mentafsir mereka sebagai anak yang degil dan nakal.

                           
Semoga semakin meningkat usia Syahmi, kekangan ini dapat dikurangkan supaya dia dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitarannya. Semoga tiada lagi bahasa-bahasanya mahu pun tingkah lakunya yang boleh menyinggung perasaan  orang-orang yang disekelilingnya.  Walaupun bukan mudah........tapi inilah cabaran saya sebagai pemegang amanah dari-Nya.
                           
                         

                           


                               

Thursday, June 7, 2012

Bersekolah Kembali.......

                Cepatnya masa berlalu.....Masih dalam mood bercuti,  rasa macam tak puas lagi. Kena pujuk diri supaya cepat bangun dari mimpi. Jangan asyik nak bercuti, nanti tak sedar diri dah jauh ditinggalkan masa. Walau cuti masih  berbaki dua tiga hari, boleh perlahan-lahan sesuaikan mood untuk kembali bekerja seperti biasa. Sedarlah bahawa diri bukan insan autisme...yang begitu payah nak bertukar rutin....hehehe

Bersekolah kembali!
           
                   Tinggalkan semua kemeriahan bercuti di kampung, berjalan-jalan sambil makan angin di tempat orang, makan-makan dengan  menu yang berbeza dari biasa. Esok lusa masih ada ....insyaAllah untuk kita melalui detik-detik yang serupa. Doakan Tok dan Opah sihat sejahtera agar diberi kesempatan untuk bertemu semula dengan anak-anak dan cucu-cucunya...amin..amin..amin.


Syahmi dan Opahnya!

                    Bersedia pula untuk fasa seterusnya. Diteruskan cabaran dalam membesarkan  anak autisme saya. Syahmi mempunyai jadual yang agak padat untuk penggal yang akan datang. Jadual harian persekolahan yang ketat seperti biasa,  kemudian penyertaan Syahmi  dalam Tilawah Al Quran bagi peringkat negeri juga berpidato bagi peringkat daerah.


Cabaran seterusnya - Tilawah peringkat negeri
             
                    Jangan dirisau dengan apa yang mendatang.......tabahkan hati sebagai ibubapanya semoga Syahmi dapat menonjolkan potensi dirinya yang sebenar. Tutup telinga dengan kata-kata dari pihak yang boleh melemahkan semangat. Masih ramai lagi di luar sana yang prihatin dengan kebajikan anak istimewa!

                     Pada semua anak-anak, selamat bersekolah semula.....rajin-rajin belajar, dengar cakap guru dan ibubapa....insyaAllah selamat di sini dan di sana......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...