A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF

A GIFT FROM HEAVEN

YOU ARE NOT ALONE......

A GIFT FROM HEAVEN

FAMILY OF FOUR

A GIFT FROM HEAVEN

AUTISM BOLEH

اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Thursday, September 24, 2015

Raya Korban...






Pejam celik, pejam celik Aidil Adha pula menjengah. Hari besar umat Islam seluruh dunia. Hari yang diadakan penyembelihan haiwan ternakan terutamanya lembu yang  menjadi spesies haiwan pilihan nombor 1 orang Islam di negara  ini.

Diawalkan solat sunat raya bagi memberi peluang ibadah korban dilaksanakan. Maka selepas solat sunat Aidil Adha, di setiap sudut kampung dan bandar kita akan dapat melihat kelompok orang ramai melakukan penyembelihan ini untuk diagih-agihkan kepada golongan yang memerlukan.

Disebalik ibadah ini, kita seharusnya menginsafi erti pengorbanan yang sebenar-benarnya. Keikhlasan melakukan pengorbanan merupakan perkara yang utama dituntut. Begitu juga pengorbanan ibubapa dalam mendidik anak istimewa. Biar jiwa dan raga terkorban, demi si anak kita harunginya juga.

Semoga ibadah kita semua diterima-Nya....aamiin



Wednesday, September 23, 2015

Gunting Untuk Si Kidal



Sukar menggunting, bukan sahaja kerana dirinya mengalami masalah fine motor skill. Malahan dia juga kidal dalam melakukan aktiviti seperti menulis. Bermakna tangan kiri lebih dominan jika dibandingkan dengan tangan kanan dalam melakukan kerja. Sebenarnya, terdapat gunting yang special untuk si kidal seperti Syahmi.

                     No 1 :  Untuk Pengguna Tangan Kiri                      No 2 :  Untuk Pengguna Tangan Kanan         


             
Nampak serupa, tapi sebenarnya tidak sama. Nampak kecil permasalahannya, namun ada kalanya kita harus memikirkan keperluan golongan minoriti ini supaya selesa beraktiviti sebagaimana orang lain. Kira-kira 10 - 15% penduduk dunia mengalami kidal termasuk anak kami Syahmi. Faktor genetik ke? Tidak rasanya sebab dalam keluarga kami tidak ada antaranya yang kidal.


Semenjak naik ke Tingkatan 1, saya terdengar  rungutan Syahmi terhadap guru Bahasa Melayunya yang mengingatkan Syahmi supaya memperbaiki tulisannya. Yang peliknya di zaman persekolahan rendahnya, tak pernah sekali pun gurunya komplain tentang masalah yang sama.


Sekarang saya sudah temui di mana punca si anak mendapat teguran dari gurunya. Sebenarnya teguran guru lebih kepada tulisan yang 'comot' disebabkan Syahmi menggunakan pen dakwat yang menyukarkan si kidal menjaga kebersihan tulisannya especially tulisan rumi. Semasa di sekolah rendah, Syahmi hanya menggunakan pensel untuk menulis. Nampaknya Syahmi kena lebih berhati-hati dengan tulisan rumi. Kelebihan pula pada si kidal apabila menulis dalam tulisan jawi.


Ini antara peralatan yang menjadi masalah besar bagi mereka yang kidal


Setiap kejadian-Nya ada hikmah tersembunyi yang kadang kala sukar kita menilainya. Kesukaran yang mereka alami, menyebabkan mereka sentiasa berwaspada dan lebih berhati-hati dalam melakukan kerja. Mereka sentiasa mencuba mengatasi rintangan yang dihadapi dan tidak sentiasa menunggu untuk di 'suap'.


Maka tidak hairanlah, tokoh-tokoh terkemuka dunia juga KIDAL.....termasuklah Saidina Umar Al Khattab seorang pahlawan kebanggaan umat Islam.


2 darinya insan autistic....


Bill Gates juga.....



Sunday, September 13, 2015

Bengkel Intensif Autisme Jelajah Negeri Terengganu - PERMATA KURNIA



Bengkel yang dinanti-nantikan kami semua
di Terengganu

PERMATA KURNIA sampai juga ke Negeri Terengganu Darul Iman. Sekian lama kami di Terengganu menunggu, akhirnya pada 11hb & 12hb September yang lalu mereka mengadakan Bengkel Intensif Autisme di Akademi Bomba Dan Penyelamat Wakaf Tapai.


Meriah bengkel berkenaan dengan kehadiran  lebih 70 orang peserta yang terdiri dari ibubapa, guru-guru dan penjaga mahupun pengendali pusat pendidikan awal kanak-kanak. Saya pun turut serta bagi menunjukkan rasa 'unity' kami di kalangan ibubapa yang senasib walaupun saya mengetahui bahawa PERMATA KURNIA lebih menumpukan kepada pendidikan anak autisme di bawah umur tujuh tahun, sedangkan anak saya telah pun menjangkau usia 13 tahun September ini.


Kami telah diberi penerangan tentang latar belakang PERMATA KURNIA dan sebagainya. Diberi ilmu tentang autisme itu sendiri. Bagaimana hendak membantu golongan istimewa ini. Tidak ketinggalan juga pengajaran berstruktur untuk anak autisme.


Tempat berlangsungnya Bengkel PERMATA KURNIA iaitu
di Akademi Bomba Dan Penyelamat Wakai Tapai, Marang, Terengganu

Kesungguhan peserta untuk menghadiri bengkel berkenaan

Menyediakan bahan bantu mengajar...


Hari ke 2, masih dengan aktiviti menyediakan bahan bantu mengajar...

Antara ibu-ibu yang menghadiri bengkel intensif ini....

Para peserta yang mengikuti bengkel berkenaan

'Token Board'

'Choices'

'First & Then'

'Sorting Activity'

Latihan Mengira....
'Social Story' Rutin Penggunaan Tandas yang berbentuk jadual


Pelbagai lagi ABM yang diajar...


Termasuk yang ini juga...



'Arranging Numbers Activity'


Operasi Tambah....

Social Story dalam bentuk visual....



Semoga semua peserta mendapat manfaat dari penyertaan bengkel selama 2 hari yang julung kalinya diadakan di Negeri Terengganu Darul Iman. Selain mengukuhkan ukhwah sesama kita, seharusnya kita sedar bahawa kita tidak bersendirian dalam mendidik anak istimewa autisme.


Tahniah juga kepada ahli-ahli Persatuan Sahabat Faqeh Terengganu yang memonopoli sebahagian besar peserta yang hadir. Meriah berbengkel dengan suasana kekeluargaan yang sebenar-benarnya. Suasana yang membuat kita akan tersenyum sendirian mengenangkan peristiwa manis semasa menghadiri bengkel berkenaan.


Bersatu membantu permata hati kita yang istimewa.....

Monday, September 7, 2015

Happy Birthday Syahmi....



Selamat hari lahir anakanda Syahmi. Hari ini 7hb September 2015, genap 13 tahun usia mu. Penuh dengan suka duka. Kamu membuat kami tersenyum dan menangis. Alhamdulillah....kamu mengubah kehidupan kita sekeluarga kepada jalan yang lebih baik.

Kehadiran kamu telah mendekatkan kita sekeluarga dengan anak-anak syurga yang lain, dengan guru-guru yang mengajar anak-anak syurga dan mereka-mereka yang berkecimpung dalam pendidikan anak-anak istimewa. Semoga kamu menjadi orang baik-baik, dapat membantu ibu dan ayah jika telah 'di sana' nanti. Dapat menjadi contoh dan dorongan kepada insan-insan istimewa yang lain supaya berjaya hidup di dunia dan di akhirat.

Syukur Ya Allah...terima kasih atas kurniaan-Mu. Kamu menganugerahkan kami sebiji dari beribu PERMATA yang berkelip di atas dunia. Semoga Kau kurniakanlah anak ini kerahmatan dan keberkatan dalam kehidupannya. Tunjukkanlah jalan yang lurus buatnya ....aamiin.


Senyum dan tangis mu adalah ujian-Nya buat Ayah dan Ibu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...