Saya tidak risau dengan subjek Matematik, Sejarah, Geografi dan yang lain-lain tu. Tapi saya paling bimbang dengan subjek Kemahiran Hidup. Dari zaman persekolahannya di peringkat rendah lagi, Syahmi bermasalah dengan subjek ini.
Bila melibatkan fine motor skill, anak autisme amat ketinggalan prestasinya. Mereka perlu dibantu kerana sukar melakukan aktiviti ini tanpa pengawasan. Mereka perlu diberi dorongan. Yakini mereka juga boleh buat sebagaimana kawan-kawannya.
Task Yang Pertama Untuk Pelajar Tingkatan 1 |
Nampaknya tugas saya sekarang memberi latihan kepadanya di rumah. Korbankanlah plug-plug extra yang di rumah tu untuk tujuan latihan. Kerja pendawaian remeh sebenarnya terutama bagi yang kurang berminat. Bukan mudah nak jadi MacGyver. Biar tak hensem sebagaimana aktor yang berlakon di TV tu, janji misi mencapai matlamat....hehehe
Aktor yang memegang peranan sebagai MacGyver dalam drama bersiri televisyen Amerika... |