Pages - Menu
▼
Wednesday, December 23, 2015
Saturday, December 19, 2015
Kejar Masa....
Kejar masa..... |
Mengapa perlu 'kejar masa'? Sebab masa tidak boleh berulang kembali. Bila kita mencurigai anak kita mengalami masalah, maka bersegeralah mendapatkan khidmat mereka yang pakar. Jangan cuba berteke-teki lagi kerana itu akan melengah-lengahkan masa. Sebarang kelewatan dalam perkembangan anak-anak memberi petunjuk bahawa mereka sedang berhadapan dengan permasalahan. Sebagai ibubapa, kita harus memulakan langkah untuk mengenalpasti masalah anak kita melalui khidmat mereka yang pakar terutamanya.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitu juga keadaannya dengan anak istimewa. Masalah yang mereka alami boleh diminimakan jika dilakukan intervensi seawal usia. Bila si anak telah menjadi 'buluh' maka sukarlah untuk kita hendak melenturnya.
Terdapat ibubapa yang kekadang tanpa sengaja melayan rasa 'denial' hingga berlarutan. Siapa yang rugi? Tentunya anak kita juga. Semakin meningkat usia mereka, semakin payah diperbaiki permasalahan yang dialami.
Oleh itu, jangan bertangguh-tangguh. Bertemulah mereka yang PAKAR untuk mendapatkan nasihat. Dapatkan SUPPORT GROUP bagi perkongsian ilmu dan pengalaman mereka yang lebih senior. GOOGLE sebanyak mungkin bagi mendapatkan maklumat percuma berkenaan autisme. Intervensi boleh dilakukan di rumah jika kita berilmu, jangan hanya mengharap pada pihak hospital untuk melakukannya.
Jom kita 'kejar masa'.....
Monday, December 7, 2015
Persediaan Hafazan Tingkatan 2 - Surah-surah Ali Imran
Jom kita menghafaz ketika cuti sekolah ini supaya tahun depan (Tingkatan 2) boleh selesaikan tugasan ini dengan cepat, tak perlu buat kerja last minute. Pesan ibu buat si anak, Muhammad Syahmi Asyraff........
Terjemahan Surah Ali Imran Ayat 8 :
(Mereka berdoa dengan berkata) :
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesong-
kan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami dan kurniakanlah kepada kami limpah
rahmat dari sisi Mu; Sesungguhnya Engkau jua
lah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya"
Terjemahan Surah Ali Imran Ayat 18:
"Telah dinyatakan oleh Allah bahawa tidak ada
Tuhan melainkan Dia, dan Malaikat-Malaikat
serta orang yang berpengetahuan pun naik saksi
(bahawa Allah keadaan-Nya) berdiri dengan adil,
tidak ada Tuhan melainkan Dia,yang Maha Perkasa
lagi bijaksana."
Surah Ali Imran Ayat 26 |
Katakanlah: "Ya Allah yang memiliki kerajaan!
Engkau berikan kerajaan kepada sesiapa yang
Engkau kehendaki, dan Engkau cabut (lenyapkan)
kerajaan itu dari sesiapa yang Engkau kehendaki,
dan Engkau muliakan sesiapa yang Engkau
Engkau kehendaki. Di dalam tangan (kekuasaan)
Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau
berkuasa di atas segala sesuatu."
Terjemahan Surah Ali Imran Ayat 27 :
"Engkau masukkan malam ke dalam siang
(memperpanjangkan masa malam) dan Engkau
masukkan siang ke dalam malam (memperpan-
jangkan pula masa siang). Engkau keluarkan
yang hidup daripada yang mati, dan Engkau
keluarkan yang mati daripada yang hidup. Dan
Engkau beri rezeki kepada sesiapa yang Engkau
kehendaki dengan tiada terkira."
Friday, December 4, 2015
Sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan 2015 Kelmarin....
Ingin saya perbetulkan kefahaman kebanyakan masyarakat terhadap OKU. OKU bukan hanya dikaitkan dengan golongan kurang upaya fizikal sahaja terutama yang berkerusi roda, masalah dalam penglihatan dan juga pendengaran.
Terdapat kelompok lain yang dilupakan masyarakat, sedangkan mereka juga dikategorikan sebagai golongan OKU iaitu mereka yang mengalami MASALAH PEMBELAJARAN. Kebiasaannya golongan bermasalah pembelajaranlah yang sering dilupakan masyarakat tentang kelainan keupayaan mereka. Hinggakan mereka dianggap insan tipikal yang bermasalah.
Faktor ini disebabkan keadaan fizikal mereka yang kelihatan normal jika dipandang secara lahiriahnya. Sedangkan hakikatnya, mereka mempunyai kecerdasan otak yang tidak seimbang dengan usia biologikal individu berkenaan (seperti down syndrome dll), juga merangkumi mereka yang terjejas kemampuan pembelajaran seperti AUTISME, HYPERAKTIF, DYSLEXIA.
Oleh itu, jangan pernah kita bayangkan OKU itu hanya mereka yang berkerusi roda sahaja, yang berjalan dengan tongkatnya sahaja. Ada insan yang kelihatannya 'segar-bugar', aktif ke sana ke mari, namun di sebaliknya mengalami masalah yang harus diberi perhatian.
Post yang ini hanya bertujuan untuk memperbetulkan kefahaman pihak-pihak yang masih kabur tentang kategori-kategori OKU. Semoga mendapat sesuatu darinya......
Yang ini lebih tepat rasanya..... |