Pages - Menu
▼
Friday, March 31, 2017
Wednesday, March 29, 2017
Dia Mencelah Di AS-SHAMS (2016)
As-Shams - Muka depan majalah SMK (A) Sheikh Abdul Malek (Edisi 10-2016) |
Tingkatan 2 Al Tirmizi - Syahmi (duduk) No 2 dari kiri |
Anak panah menunjukkan Syahmi sedang mencuba bermain alat muzik gamelan |
Anak panah menunjukkan Syahmi sedang menyertai Perarakan Apresiasi Kokurikulum |
Anak panah menunjukkan Syahmi sedang mendengar taklimat bagi menyertai Kem Muslim Perkasa 2016 |
***************
Tuesday, March 28, 2017
Stress!
Kenapa dia stress? Kian sampai ke hari sekolahnya dinilai oleh pihak IB, makin menjadi-jadi kerja kursus yang harus dilaksanakan. Tiap subjek ada, berlumba-lumba satu demi satu. Belum siap yang ini, yang itu pulak sampai. Kiri kanan, depan belakang, guru menyerahkan lampiran assessment untuk dilaksana oleh pelajar.
Bukan subjek teras sahaja, Pendidikan Seni Visual, Sivik, Muzik pun banyak beban kerjanya. Bukan kerja simple sebagaimana kita dulu-dulu. Kerja yang ini digalas umpama mereka berada di pra universiti, sedangkan hakikatnya mereka baru di tingkatan 3. Teori dan praktikal kemudian presentation.
Begitulah hakikatnya budak zaman kini. Dalam usia 15 tahun, bebanan tugas sebagai seorang pelajar terlalu berat. Itulah tuntutan yang harus dibayar bagi menjadi sebuah sebuah sekolah bergelar 'International Baccalaureate School'. Bukan pelajar sahaja, malah seluruh warga sekolah terlibat. Dari yang di atas sekali, hinggalah yang di bawah sana. Masing-masing ada tugasan 'berat' yang harus dipikul.
Kajian peta topografi tempat tinggal - Geografi |
Membentuk Arca Timbulan menggunakan kertas suratkhabar |
PT3 kian menghampiri. Malangnya tiada tanda-tanda persediaan si anak ke arah itu. Kelas tambahan pun terpaksa ditolak ke tepi. Ya Allah, Ya Bariq....Kau pengatur perjalanan setiap hamba Mu. Kau permudahkanlah urusan hamba Mu yang ini. Kau kurniakan berbanyak kesabaran buat anak kami menempuhi cabaran. Kau kurniakan kesihatan bagi hamba mu yang ini untuk membantu si anak dalam masa-masa sukar ini.
Tiada gunanya hendak mencari salah siapa? Yakinlah pada percaturan-Nya. Semoga ada hikmah atas apa yang dilalui...aamiin
Sunday, March 19, 2017
Jangankan Model, Ratu Cantik Pun Ada...
Tularr....pemilik kad OKU memandu di lorong berlawanan hingga menyebabkan kemalangan yang membabitkan kematian seorang lelaki |
Adakah kerana dia OKU Bermasalah Pembelajaran maka kemalangan terjadi? Adakah kerana kelalaian ibubapa hingga si anak melakukan beberapa kesilapan termasuk mengambil dadah terlarang dan mabuk lalu memandu hingga menyebabkan kemalangan maut? Hanya mahkamah yang boleh menjatuhkan hukuman sepatutnya.
Sedih, bila di luar sana orang mengutuk OKU Bermasalah Pembelajaran. Macam-macam persepsi masyarakat timbul. Ada yang kurang percaya, seorang model, mempunyai lesen memandu seperti remaja ini boleh dilabel OKU. Ada yang kata "Kalau belajar tak pandai, macam mana nak lulus ujian komputer JPJ?".
Mereka memang pakar dalam bidang ini..... |
Semua ini menampakkan masyarakat kita masih kurang awareness tentang anak istimewa kategori ini. Tahukah kamu semua anak istimewa kategori ini kebanyakannya memang pakar dalam kemahiran mengendalikan komputer. Mereka juga mempunyai rupa paras yang comel-comel belaka. Baik lelaki, mahupun yang perempuan.
Miss Montana, Alexis Wineman (2012) di Amerika Syarikat ini juga seorang insan autisme/autistic http://www.today.com/style/miss-montana-first-autistic-contestant-miss-america-1B7922351 |
Dengan penampilan diri yang tidak menampakkan kekurangannya, tahap IQ pula normal sebagaimana yang tipikal menyebabkan ramai yang kurang sedar akan kehadiran golongan istimewa ini di khalayak. Mungkin inilah cabaran ibubapa seperti kami dalam menyambut Bulan Kesedaran Autisme yang akan berlangsung April ini.
Walau hati sakit bila kata-kata yang kurang enak tentang OKU kategori ini di uar-uarkan melalui media sosial, bangunlah ibubapa semua untuk sama-sama menyuarakan kebenaran. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kalau bukan kita, siapa lagi yang sudi membela mereka?
Friday, March 10, 2017
Ralat....
Dikatakan masalah berlaku mungkin disebabkan kesilapan pemahaman dalam menterjemahkan tulisan jawi ke rumi oleh orang lama. Tapi masih belum terlambat. Jom pakat perbetulkan yang mana yang salah. Dua peribahasa Melayu yang dikatakan tidak bertepatan dengan maksudnya iaitu :
1. BAGAI MELEPAS BATUK DI TANGGA
BAGAIKAN MELEPAS BATUK DI TANGGA (Tidak relevan batuk dengan tangga) |
BAGAIKAN MELEPAS BATOK DI TANGGA (Batok sejenis pencedok air yang biasanya digunakan untuk mencedok air dari tempayan kecilyang letaknya di tepi tangga) |
2. HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI
HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI (Tidak relevan perbandingannya, pagar bukan benda hidup yang boleh makan sesuatu) |
HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI (Lebih sesuai kerana pegar merupakan sejenis burung yang menghalau burung yang lain) |
Wednesday, March 8, 2017
Koleksi Peribahasa PT3 (6)
LALANG DITIUP ANGIN bermaksud Tidak tetap pendirian |
ENAU DALAM BELUKAR bermaksud Mementingkan diri sendiri, tiada bersepakat |
IKUTLAH RESMI PADI DARIPADA MEMBAWA RESMI LALANG bermaksud Kita janganlah sombong dan meninggi diri, biarlah bersifat rendah diri |
KALAU ASAL BENIH YANG BAIK, DICAMPAK KE LAUT MENJADI PULAU bermaksud Sesuatu yang baik, walau berada di mana pun akan tetap menjadi baik |
BELAKANG PISAU KALAU DIASAH LAGIKAN TAJAM bermaksud Jika berusaha dengan gigih, pasti kita akan berjaya |
GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI MENJADI ARANG bermaksud Melakukan sesuatu perkara, haruslah bersungguh-sungguh hingga mencapai apa yang diidamkan |
JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, BAGAIMANA HENDAK MENDAPATKAN SAGUNYA bermaksud Kalau tidak berusaha, bagaimana hendak mencapai kejayaan |
Koleksi Peribahasa PT3 (5)
BAGAI MELEPAS BATOK DI TANGGA bermaksud Melakukan kerja dengan sambil lewa atau tidak bersungguh-sungguh |
HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI bermaksud Harapan diletakkan di bahu seseorang, akhirnya orang itu jua yang mengecewakan kita |
KE BUKIT SAMA DIDAKI, KE LURAH SAMA DITURUNI bermaksud Mengharungi kesusahan dan kesenangan secara bersama-sama |
TIADA ROTAN AKAR PUN JADI bermaksud Jika tiada barang yang bagus, barang yang kurang bagus pun boleh dimanfaatkan |
HUJAN JATUH KE PASIR bermaksud Pekerjaan yang sia-sia |
PERIGI MENCARI TIMBA bermaksud Perempuan mencari lelaki untuk dijodohkan dengannya |
TIKUS MEMBAIKI LABU bermaksud Membaiki sesuatu yang bukan kepakaran kita, akhirnya menjadi lebih serius kerosakannya |
Koleksi Peribahasa PT3 (4)
AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA bermaksud Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut |
MENCURAH AIR DI DAUN KELADI bermaksud Sia-sia memberi nasihat kepada orang yang tidak mendengar kata |
KERA MENDAPAT BUNGA bermaksud Tidak guna memberi kepada orang yang tidak pandai menghargai pemberian orang lain |
ADA GULA, ADA SEMUT bermaksud Di mana ada kesenangan/kenikmatan/kesejahteraan, di situlah orang akan tertarik |
MENANGGUK DI AIR KERUH bermaksud Mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain |
GAJAH SAMA GAJAH BERJUANG, PELANDUK MATI DI TENGAH-TENGAH bermaksud Kalau orang-orang yang berkuasa dan berpengaruh berselisih faham, pengikutnya juga akan terkena tempiasnya |
Koleksi Peribahasa PT3 (3)
BAGAI RUSA MASUK KAMPUNG bermaksud Terpinga-pinga di tempat yang asing baginya |
DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG bermaksud Menghormati adat istiadat di mana tempat kita tinggal |
TELUR DI HUJUNG TANDUK bermaksud Keadaan yang amat genting |
SUDAH DAPAT GADING BERTUAH, TANDUK TIDAK BERGUNA LAGI bermaksud Apabila mendapat sesuatu yang lebih baik, jasa yang lama dilupakan |
CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN bermaksud Terlalu banyak dalam satu masa |
HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA bermaksud Orang yang baik akan meninggalkan nama yang baik, orang yang jahat akan meninggalkan nama yang kurang baik |
DIAM-DIAM UBI BERISI, DIAM-DIAM BESI BERKARAT bermaksud Diam orang berakal sedang memikir seuatu yang berfaedah, diam orang yang bodoh hanya sia-sia sahaja |
Koleksi Peribahasa PT3 (2)
BAGAI CINCIN DENGAN PERMATA bermaksud Sama cantik, sama padan (pengantin baru) |
MENDENGAR GURUH DI LANGIT, AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN bermaksud Membuang segala yang ada hanya kerana mendengar sesuatu yang belum pasti keberhasilannya |
BAGAI AUR DENGAN TEBING bermaksud Sikap tolong menolong atau hubungan yang akrab |
KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA bermaksud Akibat seorang yang membuat salah, seluruh masyarakat terpalit menanggung akibatnya |
MENCURAHKAN GARAM KE LAUT bermaksud Melakukan sesuatu yang sia-sia |
ENGGANG SAMA ENGGANG BIAR PIPIT SAMA PIPIT bermaksud Berkawan dengan mereka yang sama taraf dan kedudukannya |
KACANG LUPAKAN KULIT bermaksud Orang yang tidak mengenang budi |