Bukan memanjakan anak. Bukan tidak percaya pada kemampuannya. Cuma, risau, bimbang akan prestasinya supaya tidak ketinggalan jauh dibandingkan dengan rakan-rakan sekelas.
Semakin dekat PT3, kawan-kawannya sibuk membuat nota pendek, peta minda supaya mudah mengulangkaji kerana ianya senang dibawa ke mana-mana. Dia juga ada bercerita dengan ibu tentang itu. Tapi dia masih buat tak endah, seolah-olah nota pendek tidak penting baginya. Atau memang budak lelaki mengalami lebihan vitamin 'M' jika dibanding dengan yang perempuan. Kurang rajin menulis. (M-malas)
Ibu rasa tak boleh duduk diam lagi. Kalau bukan ibu yang buat, siapa lagi? Nak tunggu si anak buat, nampaknya sampai kucing bertanduk pun belum tentu dia buat. Jeng jeng jeng, inilah hasil dari keringat yang mengalir.....
|
Inilah 'keringat' ibu.....sampai kelabu mata ibu bertahan hingga tengah
malam menulis dan melukis |
|
Di dinding pun ditampal juga.... |
Ibu puas hati sebab ibu dapat laksanakan tugas ibu. Ibu takkan kesal sebab ibu dah buat apa yang ibu rasa perlu dilakukan untuk membantu kamu. Biar pun kamu kurang memanfaatkan hasil 'keringat' ibu yang mengalir itu. Mungkin bukan cara kamu untuk mendapatkan ilmu melalui nota pendek, kamu lebih suka menggunakan buku teks untuk mengulangkaji pelajaran di atas katil dari menggunakan nota pendek sebagai panduan. Lihat image di bawah, menampakkan dia hanya menyeluk kedua tangannya ke dalam saku. Sedangkan kawan-kawan yang lain masih menyelak-nyelak nota pendek masing-masing sebelum masuk ke bilik peperiksaan.
|
Kedua tangannya menyeluk saku...sedangkan kawan-kawan yang lain bersama nota di tangan
(beberapa minit sebelum peperiksaan bermula) |
Tak per la nak....ibu tak marah. Ibu akan simpan 'keringat' ibu ini sampai bila-bila. Sebagai kenangan supaya suatu ketika nanti kamu dapat tengok hasil 'keringat' ibu yang mengalir ini.
Ada satu tips yang ibu nak kongsikan di sini, bagi menambahkan pengetahuan anak dengan cara paling mudah. Tiap kali melangkah keluar dari rumah, pastikan ada buku pembelajarannya yang dibawa bersama kemudian berbincang sekali sekala dengan si anak ketika di dalam kenderaan misalnya. Sehari satu topik, yang ringan-ringan pun tak per, 100 hari dah 100 topik. Bincang secara santai-santai supaya tidak membebankan si anak sambil bergurau senda. Boleh dicuba, jadikan ia sebagai habit. Selamat mencuba.
Tidak hairanlah ramai yang menyangka ibu Syahmi seorang guru. Sebab, buku sentiasa dikepit ke mana-mana terutama menjelang hari peperiksaan si anak....hehehe