Pages - Menu

Monday, March 5, 2018

23 Tahun, Sekejap Rasanya



Semoga kami masih diberi masa untuk terus bersama, meraikan kebersamaan
juga perbezaan yang menyerikan sebuah kehidupan
aamiin

Friday, March 2, 2018

Apakah Selective Mutism (SM)?





Pernahkah ibubapa diberitahu guru tentang keadaan si anak yang tidak bercakap ketika di sekolah? Sehingga si anak tidak boleh memberitahu guru walau untuk ke tandas sekali pun! Kebiasaannya kita sebagai ibubapa tidak mengambil pusing terhadap aduan guru tersebut kerana menyangkakan bahawa si anak hanya malu atau lambat menyesuaikan diri dengan suasana baru persekolahan.


TAHUKAH ANDA TENTANG KOMUNIKASI DISORDER YANG DIPANGGIL SELECTIVE MUTISM (SM)? 

Masalah ini agak lambat dikesan dimana kebiasaannya akan diketahui apabila si anak mula menjejakkan kaki ke sekolah. Selective Mutism (SM) atau pernah dikenali sebagai Elective Mutism adalah keadaan di mana seseorang kanak-kanak yang tidak bercakap ketika berada di dalam suatu keadaan sosial secara konsisten umpamanya di sekolah. Sedangkan di situasi lain umpamanya di rumah, si anak ini sangat petah berbicara. Ia berlaku disebabkan oleh faktor 'anxiety' yang melampau, bukan kerana malu, degil dan seumpamanya.

Keadaan ini akan menjejaskan prestasi si anak di sekolah. Kesannya nanti, tiada interaksi dengan rakan sekelas, guru dan persekitaran dimana boleh membantutkan pergaulan mereka sebagaimana rakan yang lain.


MENGAPA BERLAKU?

Dikatakan tiada faktor yang specifik berlakunya masalah ini. Pelbagai kemungkinan yang ada misalnya :

- Phobia dan dikaitkan juga dengan masalah 'anxiety' di kalangan kanak-kanak seperti takut berpisah dengan ibubapa

- Masalah sensori seperti sesetengah kanak-kanak yang tidak boleh mendengar bunyi bising dalam suasana orang ramai di persekitarannya

- Masalah pendengaran dan masalah pertuturan juga menyumbang kepada kanak-kanak mengalami keadaan stress untuk bercakap




SIMPTOM-SIMPTOMNYA

Kebiasaannya masalah ini bermula dari dua hingga empat tahun. Namun ia kerap dikesan apabila si anak memasuki zaman persekolahan dimana terpaksa berhadapan dengan dunia luar. Tanda yang jelas di peringkat awal dimana perbezaan dengan rakan sebayanya yang nyata iaitu cara si anak melibatkan diri dengan kanak-kanak yang lain.

Si anak akan cuba mengelak dari 'eye contact' dan dalam masa yang sama menampakkan keganjilan dalam pergaulan sosialnya, kasar, degil, malu-malu, kurang memberi kerjasama dan mungkin juga merajuk.

Apabila kembali ke rumah, si anak akan bertindak agresif, degil dan melontarkan tantrum atau marah apabila ditanya ibubapanya.

Bagi si anak yang mempunyai sedikit keyakinan pada dirinya, mungkin menggunakan isyarat pergerakan seperti, mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju atau menggeleng-gelengkan kepala sebagai tanda tidak bersetuju.

Bagi yang agak 'severe' keadaannya, si anak akan menolak sama sekali sebarang jenis komunikasi sama ada bercakap, penulisan mahu pun pergerakan.


BAGAIMANA MEMBANTU GOLONGAN INI?

Kebanyakan masalah Selective Mutism (SM) ini dapat dibantu dengan rawatan yang betul. Semakin berusia masalah dikenalpasti, semakin lama masa diambil untuk memulihkannya.

Keberkesanan rawatan bergantung pada beberapa faktor :

-  Berapa lama Selective Mutism (SM) dialami

-  Adakah mereka juga mengalami masalah pembelajaran, masalah komunikasi dan 'anxiety'

-  Kerjasama mereka di sekeliling seperti kawan-kawan, guru juga ahli keluarga


Bukan hanya menumpukan kepada masalah pertuturan semata-mata, tetapi juga kepada membantu mereka menangani masalah 'anxiety'.

Dimulakan dengan meredakan tekanan untuk mereka bercakap hingga berubah sedikit demi sedikit dan lebih selesa dengan suasana sekolah. Peringkat awalnya, mungkin bertutur sepatah dua perkataan dengan seseorang hinggalah kemudiannya mampu bertutur dengan baik di depan rakan-rakan.

Kerjasama ahli keluarga terdekat amat penting dalam membantu mereka mengurangkan masalah 'anxiety' ketika di awal usia.

-  Elakkan dari menjelaskan keadaan bahawa kita sangat inginkan mereka bertutur seperti kanak-kanak yang lain

-  Fokus corak kehidupan  keluarga yang menggembirakan

- Yakinkan si anak bahawa mereka akan boleh bertutur sebagaimana anak-anak yang lain

-  Memuji tiap perkembangan baik yang dicapai oleh si anak

-  Elakkan menunjukkan rasa terkejut yang berlebihan  apabila si anak telah menunjukkan perkembangan, layanlah dengan rasa kemesraan

Apabila semakin meningkat usia si anak, maka mereka memerlukan sokongan secara individu untuk mengatasi masalah 'anxiety'. Terapi tingkah laku merupakan cara terbaik mengatasi masalah 'anxiety'.

Sayangnya, masalah ini jarang-jarang dirawat dengan cepat dan tepat menyebabkan kebanyakan mereka menjadi dewasa dengan masalah yang masih berbaki seperti kurang keyakinan diri juga 'social anxiety'.


SERING DISALAHERTIKAN SEBAGAI AUTISME?

Masalah Selective Mutism (SM) ini sering disalahertikan sebagai penghidap autisme terutama mereka yang mengalami masalah Asperger Syndrome/autisme berfungsi tinggi.  Ini disebabkan simptom-simptom yang muncul adalah lebihkurang sama antara satu sama lain.

Perkara yang membezakan kedua-dua masalah ini terutamanya,

-  Selective Mutism (SM) dikelaskan di bawah 'Severe Anxiety Disorder'. Manakala, autisme (ASD) bersangkutan dengan masalah Neurologi.

-  Paling ketara, si anak yang berada di bawah masalah Selective Mutism (SM) tidak boleh bertutur hanya di dalam situasi tertentu umpamanya di sekolah. Sedangkan anak yang sama tidak mengalami masalah untuk bertutur ketika di rumah (comfort zone). Manakala penyandang autism (ASD) memang mengalami masalah berkomunikasi dalam setiap situasi.

-  Mereka di bawah Selective Mutism (SM) mampu memahami bahasa/interaksi yang dipertuturkan cuma mereka bermasalah untuk berkomunikasi. Manakala, penyandang autisme (ASD) sukar memahami bahasa/komunikasi yang dipertuturkan.

-  Mereka di bawah Selective Mutism (SM) boleh disembuhkan jika dirawat dengan betul. Manakala, autisme (ASD) masih tiada bukti yang menunjukkan ianya boleh disembuhkan hingga kini.


Namun, terdapat juga pihak-pihak yang menemui kes-kes dimana seorang kanak-kanak didiagnose dengan kedua-dua (comorbid) disorder ini serentak.


PENUTUP

Sangat sukar sebenarnya untuk membezakan antara kedua-duanya, apatah lagi kita yang bukan pakar dan  berkelayakan. Dapatkan pandangan mereka yang arif  jika anda mengalami masalah ini. Post ini sekadar perkongsian  pengetahuan yang sedikit tentang Selective Disorder (SM) agar dapat dimanfaatkan. Wallahualam