Pages - Menu

Monday, January 23, 2012

Chinese New Year at Tasik Kenyir


Anak naga tersesat di Tasik Kenyir....

        Sekolah ditutup agak lama untuk perayaan Tahun Baru Cina...dan kesempatan ini kami ambil untuk berjalan-jalan ke Tasik Kenyir yang dikira lebih tenang untuk dikunjungi. Di serata tempat di bandar Kuala Terengganu sudah tidak aman lagi bagi penduduk tempatan untuk berjalan-jalan kerana kesibukan kenderaan luar yang datang bercuti ke sini mahupun anak perantau yang balik ke kampung untuk menghabiskan cuti Tahun Baru Cina.


Jelingan manja dari Tasik Kenyir

        Perjalanan memakan masa kira-kira sejam sahaja dari bandar Kuala Terengganu ke Tasik Kenyir. Cuaca terang benderang mengizinkan perjalanan yang lebih lancar. Jalanraya ke daerah Hulu Terengganu telah banyak berubah dengan pembinaan projek Lebuhraya Pantai Timur. Walaupun belum siap sepenuhnya, tapi jelas sekali perubahan terhadap landskap daerah 'jin bertendang' seperti yang digembar-gemburkan dulu bertukar kepada arus pembangunan yang lebih terancang. Syabas rakyat Hulu Terengganu....jangan malu lagi nak mengaku anda orang Kuala Berang!


Kuala Berang udah maju....

Jetty Pengkalan Gawi
        Sesampai di sana memang ramai pelancong yang datang dari jauh dan dekat. Tapi keadaannya tidaklah  bersesak-sesak seperti di bandar Kuala Terengganu. Masih ada tempat untuk meletakkan kenderaan dengan selamat. Pemandangan sekitar sangat cantik dan sejuk mata memandang. Jetty Pengkalan Gawi menunggu  pelancong yang memilih untuk menyusuri Tasik Kenyir dengan perkhidmatan boat yang disediakan. Syahmi tidak takut-takut lagi seperti suatu ketika dulu untuk menaiki boat berkapasiti 8-10 penumpang untuk menyusuri tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu.


Boating Di Tasik Kenyir
Pemandangan Indah Di Tasik Kenyir
        Menyusuri air yang berkedalaman kira-kira 2 kali ketinggian pokok kelapa memang menggerunkan kami tetapi tetap yakin akan jaket keselamatan yang dipakai dan berdoa agar kesemua penumpang selamat sampai ke destinasi. Pemandangan menarik dengan kocakan air dek kerana kelajuan boat amat menyenangkan hati. Perjalanan selama 30 minit terasa seperti sebentar sahaja. Lain kali Syahmi nak pergi lagi katanya. Syahmi nampak bersahaja ketika menyusuri Tasik Kenyir, tidak seperti ketika menaiki kereta kabel di Langkawi Geo Park di mana degupan jantungnya seperti atlet yang berlari di balapan.

Syahmi Di Gigi Air Tasik Kenyir

Bersahaja menyusuri Tasik Kenyir dengan boat....

         Berjalan-jalan sambil memberi pengalaman kepada anak kami Syahmi, supaya dapat memantapkan self confident yang ada pada dirinya. Lagi pun cuti-cuti begini, kalau diisi dengan aktiviti bersama keluarga seperti ini memang menyeronokkan. Lain kali kalau ada masa terluang kita pergi ke tempat lain pulak....



No comments:

Post a Comment