Dalam Qiam Sucikanlah Zat Tuhan mu
Masa Rukuk Rasakan Kebesaran Sifat-Nya
Dalam Sujud mu Ingatlah Perjanjian mu Dengan Tuhan Dan Alam Roh
Duduk Tahiyyat Ingatlah Segala Nikmat Kurnia Tuhan mu Atas mu, Sabar, Redho, Syukur dan Ikhlaslah Di atas Dunia Ini
Pra Pendidikan Khas (2008) - Syahmi (2 dari kiri) bersama kawan-kawan juga Cikgu Rosma binti Jasni dan Cik Fazima |
Ada yang down syndrome dan ada pula yang autisme malahan pelbagai masalah pembelajaran murid-murid dididik dengan ikhlasnya. Ada yang masuk ke kelas dengan kerusi rodanya dan ada juga yang enggan masuk ke kelas dan tidak kurang pula yang masih menggunakan lampin pakai buang.
Semuanya dilalui dengan rasa sabar, tiada perasaan jijik, tiada rasa benci. Walaupun air hingusan penuh di pipi, kencing berlari-lari segalanya dianggap amanah Ilahi untuk diberi pendidikan di dunia yang sementara ini. Mencurahkan ilmu pada insan-insan istimewa yang dijanjikan syurga di sana nanti.
Bersyukur kerana anda antara insan-insan terpilih melaksanakan amanah menyebarkan ilmu pengetahuan, obor yang membakar diri untuk menerangi hidup orang lain. Betapa mulianya pengorbanan anda semua. Allah pasti menyediakan ganjaran buat mu nun di sana nanti setimpal dengan segala khidmat bakti anda wahai guru.
Sekadar Renungan |
Hasil Nukilan Bekas Guru dan Sahabat Saya - Jaafar Said
No comments:
Post a Comment