Pages - Menu

Tuesday, January 3, 2012

Sekolah....Sesi 2012

I am ready to school!
   Sesi persekolahan tahun ini bermula pada 3hb January 2012 bagi kami di negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah. Malam tadi Syahmi telah diberi peringatan supaya tidur lebih awal sebab esok paginya kena bangun awal juga untuk ke sekolah. Kebiasaannya kalau Syahmi cukup tidur.....maka mudahlah nak bangun keesokkan paginya.  Mood pun bagus....mandi sambil nyanyi lagi. Tak perlu diberi arahan, segalanya boleh dibuat sendiri. Memang ibunya berusaha menjaga mood dia pagi-pagi begini supaya ianya berterusan hingga ke sekolah.


   Alhamdulillah....nampaknya hari ini mood Syahmi cukup bagus kalau dilihat dari air mukanya. Kita tunggu di sekolah nanti,apa yang akan terjadi. Kami sampai di sekolah kira-kira 7.20am, lalui menaiki berpuluh-puluh anak tangga kerana kelas Syahmi  nun tinggi di tingkat 2, Blok C, Sek Keb Seri Budiman II. Hari pertama ni, bolehlah ayah tolong bawakan beg kamu yang berat dengan buku-buku teks dan buku tulis, esok Syahmi kena berdikari tanpa bantuan ayah. Dapatkan jadual waktu, jadi Syahmi tak perlu nak bawa buku yang banyak lagi...Ayah boleh say bye bye dari atas kereta aje....


 Kelas 4 Al Ghazali (2nd Floor)
   Sesampainya di Kelas 4 Al Ghazali, kelihatannya ke semua tempat duduk di bahagian hadapan telah occupied dengan rakan-rakan lain yang datang lebih awal. Jadi tiada pilihan lagi,  Syahmi kena mengambil tempat duduk di bahagian belakang kelas. Kali ini muka Syahmi mula mencuka sebab  kebiasaannya dia ditempatkan di bahagian depan sekali dalam kelas seperti di Tahun1,2 dan 3. Terpaksalah ayah meminta bantuan guru di sektor Pendidikan Khas untuk menyelesaikan masalah ini . Guru Kelas Syahmi, Puan Zahiah bt Othman juga masih belum mahir untuk menangani kehendak murid  istimewa ini dan perlu mendapatkan sedikit sebanyak ilmu pendidikan khas melalui guru-guru terlatih di sektor pendidikan khas. Saya percaya lama kelamaan Cikgu Zahiah akan memahami beliau, sebab insan istimewa ini sangat berdisiplin orangnya....cuma tidak boleh dipaksa-paksa...InsyaAllah.


Spoilt my mood jer!
   Loceng berbunyi menandakan semua murid-murid dan guru-guru dikehendaki berhimpun di lapangan seperti kebiasaannya. Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing. Bagi murid Tahun 1, tentulah guru-gurunya sibuk untuk menyesuaikan mereka dengan persekitaran  baru. Tapi bagi yang senior termasuklah Syahmi, tentunya tiada masalah lagi. Masa yang ditunggu telah tiba apabila lagu Negara Ku dinyanyikan beriringan dengan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang. Bagi Syahmi, Jalur Gemilang telah lama berada di mindanya iaitu semenjak usia 4 tahun lagi sebab dia adalah pengumpul setia bendera kebanggaan kita itu setiap kali menjelangnya  Hari Kemerdekaan. Minatnya amat mendalam tentang peta dunia serta bendera-bendera yang menjadi  lambang bagi tiap-tiap negara seanteronya.



Stand straight Syahmi!



  Ooopp! ayah kena pergi dulu, nanti terlewat sampai di  tempat kerja. Lagi pun Syahmi dah jadi senior  bukan di Tahun 1 seperti dulu-dulu yang mesti diawasi oleh ibubapanya.  Semoga  selepas perhimpunan ini, Syahmi akan memulakan sesi pembelajaran dengan lancar dan boleh berkerjasama dengan kawan-kawan serta memahami dan mematuhi arahan guru-guru. Jam 1.15pm nanti waktu persekolahan tamat, maka ibu akan mengambil kamu di sekolah serta menguruskan segala keperluan harian kita seisi keluarga. Tunggu ibu datang ya!



Going Back ...Bye Bye..











  

No comments:

Post a Comment