Pages - Menu

Friday, January 27, 2012

Pesan Ibu Syahmi......



Ada orang panggil ibu, ada pula yang panggil emak dan ada juga yang panggil mama, panggilan ummi pun sedap didengar, semuanya ialah panggilan kita kepada seorang wanita yang melahirkan kita. Ada juga wanita yang tidak melahirkan kita, turut dipanggil ibu, ibu angkat, ibu mertua dan sebagainya. Pokoknya ibu dikedudukan teristimewa di hati kita.

Inilah Ibu Syahmi
Bagi Syahmi, ibu adalah segala-galanya. Kadang-kadang menjadi teman tempat meluahkan rasa, tempat bergurau senda, tempat bermanja udah semestinya. Ibu juga guru tuitionnya. Hingga larut malam guru tuition memujuknya membuat homework yang bertimbun di atas meja. Menjadi ustazah kepadanya ketika beajar mengaji Al Quran. Ibu juga yang mengejutkan tiap pagi untuk ke sekolah. Ibu, ibu dan ibu segalanya.

Suatu ketika,  ibu pernah  bergembira dengan kelahiran baby baru bernama Syahmi, tapi suatu ketika pula ibu juga pernah menangis bila anak ibu Syahmi disahkan anak autisme. Lama kelamaan, tangisan ibu kian lenyap kerana ibu semakin bersemangat untuk membesarkan anak-anak ibu yang keduanya hero Malaya.

Ibu selalu berpesan itu dan ini. Semuanya untuk  masa depan Syahmi. Kadang-kadang Syahmi rasa rimas dengan pelbagai pesanan  ibu. Ada kalanya Syahmi ingat kata-kata ibu, ada kalanya pula kerana kekangan yang ada pada Syahmi, Syahmi boleh terlupa pada pesan ibu. Apa pesan ibu? Pesan ibu, Syahmi bila ke mana-mana sekali pun jangan tunjukkan Syahmi seorang anak autisme. Jangan cakap sorang-sorang, bersabar mengawal tantrum, cuba bertentang mata ke arah orang yang berhadapan dengan kita. Ibu mahu Syahmi tidak menjadi bahan pandangan sinis orang-orang sekeliling. Ibu berazam supaya Syahmi menjadi insan senormal yang mungkin.

Dapatkah Syahmi mengerti dan mengingati pesan ibu ini? Dalam usia 10 tahun kini, Syahmi telah pun dapat memahami tingkah lakunya yang berbeza dari insan normal lain. Dia juga telah memahami mengapa dirinya mempunyai kad pengenalan dari JKM yang melabelkannya sebagai Orang Kelainan Upaya. Semoga kian kamu membesar, kian matang kamu menangani kelainan yang ada pada diri. Ibu kamu tidak akan lupa berpesan selagi nyawa dikandung badan. Inilah antara PESANAN ibu buat Syahmi, maknanya banyak lagilah pesan ibu selain dari yang ini?


   



       
       

3 comments:

  1. Hari ini 29hb Jan 2012...Syahmi jawab soalan B.Melayu dgn pilihan karangan bertajuk Ibu Saya.

    ReplyDelete
  2. all the best 2 u syahmi..semoga menjadi insan yang berjaya kelak...

    ReplyDelete
  3. terima ksih pd yg memberi komen.....doakan kejayaan anak kami Syahmi

    ReplyDelete