Kurang menunjukkan minat di dalam bidang lukisan tapi jika ada masa terluang Syahmi akan menghabiskan masa tersebut dengan lakaran-lakaran berupa gambaran terhadap minatnya. Segala yang dilayari di internet akan diterjemahkan di atas kertas untuk kepuasan hatinya.
Paris Train katanya! |
Selain dari itu, terdapat juga hasil lukisannya dari pemerhatian secara langsung seperti pergi melawat ke tempat-tempat menarik seperti ke Zoo Taiping Night Safari. Bagi Syahmi ribuan binatang di sana yang terdiri dari pelbagai spesies tidak dapat menarik perhatiannya. Hanya tram iaitu perkhidmatan keretapi mini yang ditawarkan kepada para pelawat yang hendak mengelilingi zoo itu lebih menarik minatnya.
Tram di Zoo Taiping Night Safari |
Apabila Syahmi mula bersekolah, kebolehan melukis telah berkembang seperti melukis potret ayah mengikut persepsi Syahmi sendiri. Walau hasilnya biasa-biasa saja, tetapi usahanya untuk melakukan sesuatu yang di luar dari minatnya adalah berupa satu kejayaan besar bagi seseorang insan autistic. Bukan sahaja potret, Syahmi juga telah berjaya menghasilkan lukisan berbentuk poster seperti poster kempen larangan merokok....Syabas Syahmi!
Ayah ku! |
Poster Larangan Merokok |
Tidak cantik, bukan menjadi persoalannya. Cuma yang harus dibanggakan kalau dulu Syahmi hanya melukis mengikut kehendaknya tapi sekarang Syahmi telah mula keluar sedikit demi sedikit dari dunianya dan cuba mematuhi arahan guru serta memenuhi tanggungjawab sebagai seorang pelajar.....
Knda boleh Syahmi!
No comments:
Post a Comment