Batu Buruk namanya tak seindah mana.....tapi hakikatnya kawasan ini di tepi pantai yang menghadap Laut China Selatan, memang cantik dengan pantai yang bersih dan desiran angin segar. Kelmarin pemimpin no1 negara telah mengadakan lawatan ke Batu Buruk. Syahmi teringin sangat untuk melihat seorang pemimpin tertinggi secara life biasanya hanya dapat dilihat di kaca TV. Sambutan diadakan di padang SMK Budiman terletak kira-kira 500m saja dari rumah kami.
Sebagai kanak-kanak Syahmi juga berhak untuk mengetahui tentang pemimpin negara. Buku-buku teks sekolah juga ada menceritakan tentang pemimpin negara. Tiada tujuan untuk menerapkan fahaman politik kepadanya .....biarlah kematangan fikirannya suatu masa nanti akan memandu dia ke mana arah yang difikirkan terbaik.
Syahmi berbaju hijau menunggu ketibaan PM |
Ketibaan PM dan rombongan dengan bas dua tingkat |
Cuaca panas terik akhirnya berbaloi dengan ketibaan beliau dengan menaiki bas kenamaan dimana Syahmi juga berpeluang untuk berjabat tangan dengan pemimpin no 1 negara tersebut. Sayang sekali, photonya tidak dapat diambil kerana ribuan manusia yang berpusu-pusu mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan beliau.
PM sedang bersalaman dengan orangramai |
Isteri kepada PM turut bersalaman dengan orangramai yang datang |
Ketibaannya disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku membuatkan Syahmi lebih bersemangat diikuti lagu pujaannya 1 Malaysia. Mendengar ucapan beliau yang berselang-selikan dengan loghat-loghat Terengganu menyebabkan Syahmi terbahak-bahak ketawa kerana Syahmi memang memahami banyak loghat Terengganu melalui kawan-kawan di sekolah contohnya 'lebong' bermaksud tipu dalam Bahasa Melayu bakunya.
Ramai-ramai menyanyikan lagu Negaraku! |
Gelinya hati Syahmi bila PM kata 'Lebong' (tipu) |
Sebagai kanak-kanak tiada yang dapat difahami beliau tentang suasana politik dalaman negara....cuma cukuplah sekadar membiasakannya dengan masyarakat setempat dengan pelbagai ragam menyambut kedatangan orang-orang kenamaan.
Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Mohd Najib b. Tun Abdul Razak |
No comments:
Post a Comment