Maulidur Rasul datang lagi....SKS Budiman II tidak ketinggalan mengadakan perarakan bagi memperingati kelahiran junjungan Nabi kita Muhammad s.a.w. sambil memperkukuhkan ikatan ukhwah sesama warga sekolah. Perarakan selama 1 jam setengah bermula jam 8.00am dan tamat kira-kira 9.30 am melibatkan warga sekolah seperti guru-guru serta pelajar lelaki dan perempuan Tahun 1 hingga Tahun 6 serta anak-anak dari Sektor Pendidikan Khas.
Memperingati Junjungan Kita Nabi Muhammad s.a.w |
Semenjak seminggu yang lepas persiapan telah mula dilakukan seperti menyiapkan sepanduk dimana anak-anak isimewa juga diberi kesempatan untuk menghasilkan sepanduk masing-masing. Syahmi juga berjaya menghasilkan sepanduk dengan hasil kerja tangannya sendiri walaupun ianya tidak seindah mana untuk dibawa semasa perarakan.
Sepanduk hasil lukisan tangan Syahmi |
Sepanduk Syahmi! |
Dengan berpakaian Baju Melayu merah jambunya, Syahmi bersama-sama kawan-kawan yang lain berjalan perlahan-lahan sambil berselawat . Bangganya dia ketika membawa sepanduk lukisannya sendiri bertemakan gambar Masjidil Haram.
Syahmi Si Merah Jambu! |
Guru-guru juga terlibat sama meyertai perarakan ini....walaupun agak meletihkan tapi sekuang-kurangnya dapat berselawat sambil merehatkan minda serta lari dari rutin biasa dimana sebelum ini sentiasa berkenderaan ke mana-mana. Tapi kali ini menggunakan tenaga sendiri untuk sampai ke sesuatu destinasi.
Para guru masih mampu tersenyum! |
Sewajarnyalah acara ini dijalankan setiap tahun, supaya anak-anak kita dapat memhami maksud Maulidur Rasul itu sendiri sambil memberi peluang kepada mereka melakukan aktiviti di luar sekolah bersama guru-guru secara tidak formal. Kalau di dalam kelas mereka asyik dengan aktiviti pembelajaran.....biarlah sekali-sekali mereka melepaskan stress dengan suasana ceria dan berpakaian cantik!
No comments:
Post a Comment