Mengimbau zaman mula-mula melangkah kaki ke Institut Teknologi Mara Cawangan Perak di Sri Manjung era 80an gitu, Minggu Sillaturrahim diadakan bertujuan untuk menyuaikenalkan antara siswa/i mahupun dengan kakitangan serta suasana baru di kampus. Selama seminggu penuh dengan aktiviti 'penyiksaan' jiwa dan raga rasanya. Makan tak kenyang, mandi tak basah diarah itu dan ini, pokoknya kami sentiasa berkejar masa. Jika terbabas, adalah orang yang akan dikenakan denda mencium bontot bas.
Logo ITM era 80an |
27 tahun berlalu, semua kenangan masih dalam ingatan. Tuan Ibrahim Tuan Man adalah antara pensyarah saya (Pengajian Islam) semasa menuntut di sana. Semua siswa/i adalah di kalangan bumiputera. Kesedaran anak peribumi dititikberatkan supaya dapat memastikan kesinambungan bangsa di bumi sendiri mamandangkan kurangnya penguasaan bumiputera dalam bidang ekonomi ketika itu.
Sekarang di tahun 2012, saya telah memahami mengapa semasa majlis penutup Minggu Sillaturrahim kami diarah menyanyikan 'Lagu Warisan' berulang kali hingga tetamu kehormat ketika itu Allahyarham Tuan Hj Nik Abdul Rashid selaku Pengarah ITM berpuashati. Bagaimanakah seorang Pengarah ITM menyatakan rasa puashatinya terhadap nyanyian 'Lagu Warisan' ketika itu? Dengan lelehan airmata kerana penghayatannya terhadap lirik lagu tersebut.
Allahyarham Dato Nik Abdul Rashid (Pengarah ITM 1980-1986) |
Dapatkah kita berjiwa seperti mereka-mereka yang terdahulu? Atau telah lenyap segalanya kerana kita telah berpuashati dengan apa yang kita kecapi kini.....tepuk dada tanya jiwa yang tenang, apa yang kita mahu corak dan wariskan masa depan anak-anak kita? Sedihnya dengan peristiwa Bersih 3.0 pada 28/4/2012 kelmarin yang memperingatkan kita tentang kealpaan bangsa....
No comments:
Post a Comment