Kalau dulu, saya bersendirian melawan cabaran membesarkan anak autisme. Terkial-kial mencari ke sana ke mari teman untuk meluahkan rasa. Akhirnya duduk di depan laptop, google apa yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat. Sedangkan ahli keluarga terdekat hanya membisu kerana tiada pengetahuan mahupun enggan menerima kenyataan.
Bertahun-tahun mencari kekuatan....atas pertolonganNya jua dapat meneruskan perjuangan walaupun di kiri kanan ada yang berbisik nakal....menuding kesalahan pada kami ibubapanya, memandang dengan kehairanan dan ada juga yang bersimpati hingga menimbulkan keresahan. Sebenarnya ketika itu apa yang saya mahukan hanyalah dorongan dan semangat bukan mematahkan semangat.
Kalau dulu, saya tak ambil pot pasal Autisme Awareness. Sekarang semua sudah bertukar! habis-habisan berApril dengan warna biru.... cuma sayang banyak aktiviti sempena bulan Kesedaran Autisme
tak disertai disebabkan faktor jarak yang tidak mengizinkan. Kami di sini hanya tumpang gembira melihat sahabat-sahabat yang ceria menyertai acara larian yang dianjurkan sambil di hati menjeruk rasa...hehehe. Yang berpeluang masuk TV pun... tahniah! Sekurang-kurangnya suara kita dilihat dan didengari.
Segalanya berubah setelah bersama Autisme Malaysia. Ringan sedikit bahu yang memikul kerana kami bersama-sama berkongsi idea mengharungi cabaran mendidik anak autisme. Tangisan dan senda gurau bersilih ganti walaupun hanya di maya. 2012 nampaknya lebih bermakna dengan Autisme Malaysia.
Terima kasih Autisme Malaysia terutama pada orang kuatnya seperti Dato Zamri Tembol suami isteri, Syahida Yep, Hayati Jafar, Noradilah Abdullah, Marina Ariff suami isteri, Zaini Abas serta isteri, Dr Hasnah Toran, dan ramai lagi, jika nak disebut semua sahabat di Autisme Malaysia pasti sampai ke pagi esok pun belum selesai lagi....Dengan keahlian yang semakin memberangsangkan, saya percaya warga Malaysia akan dapat dibangunkan tentang kesedaran autisme. Moh kita sama-sama berjuang dibawah satu lambang Autisme Malaysia!
Kepada Syahirah Omar terima kasih tidak terhingga kerana andalah yang approve saya untuk menjadi ahli kepada Autisme Malaysia. Walau tidak pernah bertemu....sahabat-sahabat semua sentiasa dekat di hati saya. Syabas!
Sendirian! |

Berbisik biar pada tempatnya.... |

Logo Autisme Malaysia |

sama-sama kita harunginya ye...
ReplyDeletepsstt.. cut word Dato tu...
seikhlasnya dihati saya penghargaan yg tak terhingga buat keluarga AM....
ReplyDeletetq juga kat yeop sb add ida ke AM...jasa cikgu dikenang...
ReplyDeleteSatu kepuasan kalau dpt menolong mana2 ibubapa kpd anak autisme yg tercari2 utk mendapat maklumat tentang AUTISME....AM lah tempatnya sbb ahli panelnya dah nak mencapai 1000 org....tahniah AM!
ReplyDelete