Esok 10hb Mei 2012.........masanya sudah tiba. Fasa seterusnya bagi Syahmi untuk mengasah bakatnya mengaji Al Quran dalam Tilawah Pendidikan Khas Daerah Kuala Terengganu. Bukan kemenangan disasarkan, cukup sebagai pendedahan awal anak ini supaya lebih berkeyakinan bila di khalayak ramai.
|
Sesi latihan.....semoga kamu berjaya Syahmi! |
Semoga dipermudahkan olehNya perjalanan anak syurga kami. Ibu dan ayah amat bersyukur kerana telah mendapat kerjasama seorang guru Pendidikan Khas, Puan Rosma binti Jasni ( gambar di atas: bertudung pink) yang juga bekas guru Syahmi ketika di Pra Pendidikan Khas tahun 2008. Sokongan guru ini tiada penamatnya walau Syahmi telah berada di aliran perdana selama 4 tahun.
|
Kombinasi yang mantap!!!! |
Terima kasih Cikgu Ros.....perwatakan lemah lembut, tapi tegas orangnya. Bekas graduan UPSI ini seolah-olah penyuluh jalan untuk melahirkan Syahmi yang ada sekarang. Dari tidak tahu menulis, menangis tidak henti-henti di Pra Pendidikan Khas hinggalah Syahmi di Tahun 4 aliran perdana, guru inilah yang banyak mengambil tahu tentang perkembangan Syahmi. Alhamdulillah......masih ada insan semulia guru ini.
|
Hanya Allah yang layak menilai segala jasa mu .....Cikgu Rosma |
Akhirnya berjaya!
ReplyDeleteCayalah Syahmi!! Alhamdulillah, rezki. Semoga ada banyak lagi peluang untuk Syahmi selepas ini insyAllah :)
ReplyDelete