Pages - Menu

Wednesday, June 20, 2012

Berteduh Di bawah Payung AUTISME SPECTRUM DISORDERS

                         
A Group Of Disorders With Similar Features


             Sukar untuk diterangkan tentang AUTISME dan rasanya imej di atas lebih relevan untuk menggambarkan AUTISME.  Ramai yang tertanya-tanya, ramai yang salah anggap dan ramai juga yang ignore sebab keliru mendengar pelbagai versi cerita tentang AUTISME. Kadang-kadang ada cerita misteri, ada yang kelakar dan ada yang sedih serta  tidak kurang juga yang menakjubkan kerana excel dalam bidang tertentu. Sebenarnya apakah AUTISME?

                               
             Bagi saya, AUTISME adalah kelompok yang teristimewa dari kelompok-kelompok istimewa yang lain . Mereka berkongsi di bawah payung yang sama dengan pelbagai jenis AUTISME  seperti Autistic Disorder, Asperger's Disorder, Childhood Disintegrative Disorder, Rett's Disorder,  Pervasive Developmental Disorder - Not Otherwise Specified. Namun tiap-tiap dari insan autisme ini tidak 100% memiliki symptom -symptom yang sama diantara satu sama lain. Masing-masing mempunyai  individual pattern.  Ada yang severe dan ada juga yang mild. Ada pula yang verbal dan ada yang non verbal. Manakala yang high-functioning, tidak mustahil mereka boleh menggegarkan dunia.


Mereka yang pakar juga masih menkaji tentang AUTISME!

             Sebagai ayah kepada seorang anak AUTISME, saya juga kekadang terkeliru dengan perbezaan antara anak istimewa ini. Memandangkan anak saya hanya mild, kekadang saya terlupa tentang sahabat yang mempunyai anak AUTISME yang severe keadaannya. Asyik bercerita anak dah boleh bercakap, anak dah boleh membaca, anak dah boleh itu dan ini hinggakan terlupa bahawa ada ibubapa yang masih tertunggu-tunggu nikmat itu menjadi miliknya.


             Untuk mengetahui dimana anak AUTISME anda dikategorikan, maka anda hendaklah mendapatkan nasihat dari mereka yang berkepakaran.  Yang penting ke semua kategori AUTISME ini memerlukan bantuan ibubapanya juga sokongan masyarakat sekeliling untuk membebaskan  mereka dari kekangan semulajadi. Walau tidak sepenuhnya....meminimakan pun sudah dianggap suatu kejayaan!


Bantulah mereka!
                                         

No comments:

Post a Comment