Selamat Hari Bapa |
16 tahun saya memegang title 'Bapak Orang'......sibuk dengan tugas sebagai pekerja kepada majikan, suami kepada si isteri serta bapa kepada anak-anak membuatkan saya lupa dan tak ambil kisah tentang Hari Bapa yang telah berlalu. Bagi saya, asalkan keluarga saya bahagia maka hari-hari adalah hari bapa.....
Mempunyai 2 orang anak sementara seorang darinya anak istimewa dalam keluarga memang kerap memikir akan jaminan masa depan, terutamanya pada yang istimewa. Sedangkan si bapa terlupa lagi dengan janji Allah bahawa setiap anak ada rezeki yang ditentukanNya....apatah lagi anak syurga!
Dua beradik sahaja! |
Jauh di sudut hati, kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Sebagai ayah, tiada beza kasih sayang buat keduanya cuma yang bongsu kadang-kadang memang minta dimanjakan lebih. Diharap si abang lebih memahami keadaan. Semoga ayah diberi kekuatan oleh-Nya bagi menjalankan tanggungjawab terhadap kedua amanah ini....aamiin....
Yang di kiri mahupun di kanan tiada bezanya bagi ayah! |
No comments:
Post a Comment