Cepatnya masa berlalu.....Masih dalam mood bercuti, rasa macam tak puas lagi. Kena pujuk diri supaya cepat bangun dari mimpi. Jangan asyik nak bercuti, nanti tak sedar diri dah jauh ditinggalkan masa. Walau cuti masih berbaki dua tiga hari, boleh perlahan-lahan sesuaikan mood untuk kembali bekerja seperti biasa. Sedarlah bahawa diri bukan insan autisme...yang begitu payah nak bertukar rutin....hehehe
|
Bersekolah kembali! |
Tinggalkan semua kemeriahan bercuti di kampung, berjalan-jalan sambil makan angin di tempat orang, makan-makan dengan menu yang berbeza dari biasa. Esok lusa masih ada ....insyaAllah untuk kita melalui detik-detik yang serupa. Doakan Tok dan Opah sihat sejahtera agar diberi kesempatan untuk bertemu semula dengan anak-anak dan cucu-cucunya...amin..amin..amin.
|
Syahmi dan Opahnya! |
Bersedia pula untuk fasa seterusnya. Diteruskan cabaran dalam membesarkan anak autisme saya. Syahmi mempunyai jadual yang agak padat untuk penggal yang akan datang. Jadual harian persekolahan yang ketat seperti biasa, kemudian penyertaan Syahmi dalam Tilawah Al Quran bagi peringkat negeri juga berpidato bagi peringkat daerah.
|
Cabaran seterusnya - Tilawah peringkat negeri |
Jangan dirisau dengan apa yang mendatang.......tabahkan hati sebagai ibubapanya semoga Syahmi dapat menonjolkan potensi dirinya yang sebenar. Tutup telinga dengan kata-kata dari pihak yang boleh melemahkan semangat. Masih ramai lagi di luar sana yang prihatin dengan kebajikan anak istimewa!
Pada semua anak-anak, selamat bersekolah semula.....rajin-rajin belajar, dengar cakap guru dan ibubapa....insyaAllah selamat di sini dan di sana......
Syahmi join pidato jgk ya. Alhamdulillaah berbakat besar syahmi ni.
ReplyDeleteTeks pidato dah ada...cuma nak suruh hafal kena tunggu habis Tilawah dulu...nanti Syahmi berserabut langsung x naik pentas...hehehe kena jaga mood dia!
ReplyDeleteAnak say a umur 5 thn non verbal. Syahmi Ada masa ah x dgn ptuturan sms seusia anak say a
ReplyDeleteWan....masa 5 thn Syahmi baru boleh menyambung 2 ke 3 patah perkataan...itupun kdg2 tunggang- langgang
ReplyDelete