Melalui gaya bahasa yang kita gunakan samada melalui pertuturan mahupun dalam bentuk penulisan, biasanya orang lain boleh mentafsir identiti kita walaupun bukan 100% ketepatannya.
Bagi yang bertanggungjawab biasanya mereka amat berhati-hati jika menuturkan kata-kata......ini bermakna mereka memikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata. Menurut kata Professor Dr. Muhaya, di laman sosial golongan ini juga berani menggunakan nama penuh untuk bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis.
Apa kata Prof.Dr.Muhaya |
Berhati-hatilah dengan mereka yang suka berpandangan negative dalam apa jua topik yang diperkatakan kerana biasanya mereka tergolong dalam golongan manusia yang suka mencari salah orang lain. Mungkin bagus untuk mereka berkecimpung dalam pidato tetapi di dalam kehidupan seharian boleh merenggangkan kemesraan dalam persahabatan.
Ada juga yang suka merapu dalam erti kata bergurau. Bergurau juga ada yang bertempat dan ada yang tidak kena pada saat dan ketikanya. Mereka yang tergolong dalam jenis ini bisa menghiburkan kita dan jika dah terlebih boleh membosankan juga kerana tidak serius pada tajuk perbualan.
Beradab, bersopan budaya orang lama! |
Orang dulu-dulu sangat cekap berbahasa. Mereka menyelitkan simpulan bahasa serta peribahasa di dalam perbualan seharian bagi menyampaikan sesuatu maksud dengan cara halus. Berbeza sekali dengan kita di zaman millenium ini. Kata-kata kasar yang tidak manis didengar menjadi bahasa-bahasa seharian contohnya 'bodoh', 'binatang' dan sebagainya. Seolah-olah penggunaan bahasa-bahasa kasar ini menjadi kebanggaan muda-mudi kini.
Tidak ketinggalan juga bahasa pertuturan mahupun penulisan yang menggunakan dialek negeri. Ia jelas menunjukkan bahawa mereka masih ingat pada asal-usul masing-masing dan cuba untuk menggunakannya supaya tidak lenyap di arus zaman. Ia juga boleh menghiburkan dan belajar menerima perbezaan yang ada antara kita walaupun sebangsa.
Sebagai kesimpulannya, berhemahlah ketika berbahasa baik dalam pertuturan seharian mahupun bahasa penulisan seperti di blog juga di laman-laman sosial kerana kita menjadi bahan tatapan umum. Kita akan dipertanggungjawabkan di dunia, apatah lagi di akhirat kelak.
Salam,
ReplyDeleteBahasa jiwa bangsa :))
en.sam, suka la gambar berdua kat atas tu. *thumbs up
Dia director...dialah editor...dia segalanya.....siapa lagi Ibu Syahmi...tq ibu...
ReplyDelete