Berapa ramai dari kita yang faham apa itu fine motor skills (kemahiran motor halus). Bila saya punyai anak autisme, baru saya mengetahui kelemahan kemahiran motor halus yang membelenggu anak-anak autisme boleh menyebabkan mereka ketinggalan di sekolah. Mereka juga cepat bosan dengan sesuatu aktiviti kerana faktor yang ini. Kemahiran motor halus merupakan pergerakan otot-otot kecil terutamanya koordinasi jari dan penglihatan.
Boleh melakukannya, tapi tidak sama hasilnya dengan rakan sebaya |
Tahukah kita bahawa anak autisme amat bermasalah untuk melakukan aktiviti menggunting dengan sempurna malahan dari pengalaman saya, Syahmi hingga usianya sekarang (10 tahun) masih belum mahir menggunting kertas dengan baik. Jika dibuatkan garisan lurus di atas sehelai kertas putih sekali pun, dia masih tidak boleh menggunting mengikut garisan yang telah tersedia itu. Hasilnya masih bengkang-bengkok, walau berkali-kali melakukannya.
Mewarna juga aktiviti yang tidak digemarinya |
Mewarna juga adalah aktiviti yang tidak digemarinya. Syahmi amat berminat untuk melakarkan segala yang menjadi minatnya ke dalam bentuk lukisan. Cuma bila diarahkan untuk mewarna, memang dia akan menolak dengan berbagai alasan. Biasanya dia akan mengadu lenguh tangan atau kepenatan. Pertandingan mewarna adalah aktiviti yang jarang disertainya.
Banyak menulis membuatkan dia cepat bosan |
Begitu juga jika diarahkan untuk membuat latihan seperti menulis karangan yang panjang, memang anak-anak autisme lambat atau gagal menyiapkan tugasan jika dibandingkan dengan anak-anak typical. Kalau guru yang tidak mempunyai ilmu pendidikan khas dalam membimbing anak-anak autisme, pasti boleh menimbulkan suasana 'tegang' antara guru dan murid kerana mereka boleh disalah anggap sebagai anak-anak didik yang degil dan sengaja enggan mengikut arahan. Sedangkan masalah yang sebenar adalah disebabkan kelemahan otot-otot tangan mereka untuk 'bekerja' lebih.
Kasut menjadi masalah besar bagi mereka untuk mengikat talinya |
Namun masalah kemahiran motor halus ini boleh diatasi dengan kegiatan 'permainan' yang menyeronokkan semenjak di peringkat awal usia kanak-kanak. Maknanya, perlu dilakukan sebelum mereka mula memegang pensel untuk menulis. Aktiviti 'permainan' yang menyeronokkan ini akan memotivasi kanak-kanak untuk bermain ketika waktu lapang sebagai hobi. Inilah antara contoh-contoh aktiviti yang merangsang kemahiran motor halus kanak-kanak :
Play Dough |
Legos |
Nuts And Bolts |
Sorting |
Aktiviti Dot to Dot |
Aktiviti 'String Along' |
Membuat Origami mudah |
Kesimpulannya, bukan terhad dengan aktiviti yang dicadangkan di atas sahaja. Sebarang aktiviti yang melibatkan jari jemari anak-anak kita untuk 'BEKERJA' juga boleh diamalkan. Apakata kita suruh anak-anak kita meramas nyiur parut untuk mendapatkan santannya. Tentu enjoy agaknya sambil menyepahkan hampas nyiur. Yang mengalami masalah sensory pula, tentu tak tergamak untuk melakukannya.......
Idea yang boleh dipertimbangkan untuk meningkatkan fine motor skills .....budaya orang kita |
ramas nyiur parut tu memang best. boleh release stres. hehe bagus gak untuk sensori :)
ReplyDeleteMeramas nyiur juga boleh melembutkan tapak tangan...petua orang lama...
ReplyDelete