|
Matematik |
Matematik merupakan matapelajaran yang digemari Syahmi. Kebiasaannya subjek ini tidak menjadi masalah baginya untuk memperolehi gred A. Cuma jika dibuat analisis dari kertas ujian yang pernah dilaluinya dalam usia 10 thn di Tahun 4, Syahmi mengalami masalah untuk memahami kehendak soalan yang berbentuk 'solving problem'.
Sebenarnya kanak-kanak tipikal juga mengalami masalah yang sama. Inikan pula anak autisme yang kebanyakannya mengalami kekurangan semulajadi untuk berimaginasi. Kebiasaannya soalan Kertas II Matematik Tahun 4 mengandungi soalan 'solving problem' seperti di bawah yang bernombor 19 dan 20. Tanpa bantuan GAMBAR RAJAH mahupun JADUAL, memang anak ini merasakan kesukaran untuk memahami dan kebiasaannya soalan-soalan sebegini Syahmi akan dapat 'pangkah besar'.
|
Contoh soalan Kertas II Matematik Tahun 4 |
Bagi mengatasinya, kena perbanyakkan latihan. Tiada jalan mudah, semoga lama kelamaan masalah dapat diatasi. Peranan ibubapa sangat besar dalam membantu anak-anak istimewa untuk bersaing dengan anak-anak typikal di aliran perdana . Guru-guru di aliran perdana tidak harus diletakkan kesalahan kerana mereka juga tidak dilatih untuk murid-murid berkeperluan khas. Anggaplah anak kita hanya 'menumpang' di tempat orang, 'biar pandai menjaga diri'.
Selagi termampu, kita ibubapanya harus berperanan sebagai guru, pengurus, kawan dan sebagainya buat anak istimewa kita. InsyaAllah dengan izinNya jua, tiada usaha yang sia-sia......
No comments:
Post a Comment