Apabila anak-anak kita didiagnose sebagai insan autisme, ramai yang tertanya-tanya ke mana anak kita akan ditempatkan untuk persekolahannya. Sebenarnya anak autisme juga berhak mendapat pendidikan seperti anak-anak tipikal yang lain. Cuma kerenah masyarakat yang masih belum mencapai tahap kesedaran yang tinggi terhadap Autisme itu sendiri membuatkan ibubapa berasa kecewa untuk memilih penempatan yang bersesuaian buat anak masing-masing. Tadika biasa akan menolak kemasukan anak-anak istimewa dengan pelbagai alasan.
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran yang diadakan di sekolah-sekolah kerajaan, juga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah antara pusat-pusat yang menerima kemasukan anak-anak autisme disamping program kendalian pihak NGO seperti Nasom. Ada juga di kalangan ibubapa yang mempunyai anak autisme yang berpotensi di bidang akademik dengan tingkahlaku yang terkawal, maka golongan ini juga tidak disia-siakan dan diwujudkan program tertentu demi masa depan golongan berkenaan.
Mereka di tempatkan di aliran perdana |
Bagi anak-anak autisme di Pendidikan Khas yang boleh menguasai beberapa mahupun sebahagian besar dari matapelajaran akademik, mereka akan diberi peluang ke kelas biasa iaitu di aliran perdana bagi mengikuti pembelajaran normal. Inilah yang dinamakan Program Inklusif dimana ia terbahagi kepada 2 iaitu:
1. INKLUSIF SEPENUH MASA
- Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa seperti murid biasa
- Senarai nama kekal dalam daftar Pendidikan Khas
- Guru kelas biasa boleh merujuk kepada guru di Pendidikan Khas
(guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah dari segi
pembelajaran mahupun tingkahlaku
- Mereka juga diberi peluang untuk menduduki peperiksaan seperti
UPSR/PMR/SPM dan sebagainya
2. INKLUSIF SEPARA
- Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk matapelajaran
tertentu sahaja
- Waktu yang selebihnya mereka mengikuti kelas khas
- Senarai nama murid pada daftar Pendidikan Khas
- Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru
pendamping
- Mengambil ujian matapelajaran terlibat, sama seperti murid biasa
Program ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada anak-anak yang dikategorikan di bawah Masalah Pembelajaran tetapi mempunyai kebolehan di bidang akademik bersaing dengan rakan-rakan di aliran perdana. Hak mereka tidak dinafikan malahan mereka diberikan pendedahan peringkat awal lagi dengan rakan sebaya supaya dapat membentuk insan yang berdikari serta berkeyakinan diri.
Program ini masih banyak lagi yang perlu dibuat penambahbaikkan supaya potensi anak-anak autisme lebih terserlah terutamanya dengan kerjasama guru-guru dan rakan-rakan di aliran perdana.
rujukan yang sangat sesuai bagi ibubapa yang baru nak memahami apa itu program inklusif. Terima kasih utk perkongsian
ReplyDelete