Program Intervensi Awal (Early Intervention Programme) merupakan proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau mengalami kelewatan dalam perkembangan fizikal mahupun mental dimana ia boleh mempengaruhi perkembangan dan menghalang proses pembelajaran mereka kelak. Program yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi.
Di negara kita Malaysia, program ini ditawarkan kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang berumur 0 hingga 6 tahun dimana 'berkeperluan khas' merujuk kepada kanak-kanak yang bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Kanak-kanak autisme tergolong di dalam kategori bermasalah pembelajaran.
Namun harus diakui bahawa negara kita masih jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan negara-negara maju dalam menyediakan pusat-pusat khusus bagi menawarkan perkhidmatan intervensi awal autisme ini. Di pihak kerajaan, hanya hospital-hospital dan di sekolah-sekolah yang mempunyai sayap Pendidikan Khas sahaja yang menyediakan perkhidmatan intervensi awal secara percuma seperti terapi pertuturan, terapi cara kerja, kaunseling dan sebagainya. Sementara perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak swasta menuntut kosnya yang agak tinggi serta membebankan pihak-pihak yang kurang berkemampuan.
Empat tujuan utama intervensi awal dilakukan adalah:
1. Membekalkan sokongan kepada keluarga supaya dapat membantu anak
berkeperluan khas mereka.
2. Meningkatkan perkembangan anak-anak dari segi komunikasi dan mobiliti.
3. Meningkatkan keyakinan kanak-kanak.
4. Mengelakkan atau meminimakan berlakunya masalah di masa akan datang.
Antara Jenis Intervensi Awal Autisme Yang Terbukti Kukuh Dan Berkesan |
Kesimpulannya, intervensi awal amat penting bagi perkembangan positif kanak-kanak autisme.Kolaborasi antara mereka yang berkepakaran dengan kesedaran ibubapa dapat memaksimumkan potensi kanak-kanak autisme serta meminimakan ketidakupayaan mereka. Jangan abaikan keperluan anak-anak istimewa kita, berfikiran positif dan segerakan tindakan supaya peluang untuk mereka mendapatkan pendidikan yang sempurna terjamin.
Peringatan buat ibubapa terhadap masa depan anak -anak autisme |
No comments:
Post a Comment