Syahmi - 3 tahun laaa..... |
Integrasi deria berlaku secara semulajadi dengan tidak kita sedari. Seluruh deria akan memberi informasi untuk dikelola dan disaring oleh otak lalu bertindakbalas terhadapnya. Deria yang dimaksudkan termasuklah deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau, rasa, vestibular (pergerakan,graviti dan balance) dan proprioseptif (otot dan sendi). Kanak-kanak yang mengalami proses integrasi sensori secara optimum akan melahirkan insan dewasa kelak yang berkemahiran dalam komunikasi, berkemahiran di bidang akademik, mempunyai kepercayaan diri dan sebagainya.
Namun, kebanyakan kita tidak mengalami integrasi deria yang sempurna sepenuhnya. Maka tidak hairanlah dalam perhubungan kita seharian, hadirnya manusia dengan tingkahlaku yang berbeza seperti ada yang pendiam, ada yang cerewet dan sebagainya. Apatah lagi bagi golongan tertentu yang diakui mengalami masalah Sensori Integration Disorder (SID) termasuklah mereka yang berada di bawah AUTISME SPECTRUM DISORDER.
Apa yang dimaksudkan dengan Sensory Integration Disorder (SID)? Ia membawa makna gangguan neurologi yang menyebabkan ketidakupayaan otak untuk mengintegrasikan informasi yang diterima dari deria individu secara berkesan. Terdapat 3 kemungkinan berlakunya gangguan ini iaitu ;
i. Bila mana otak tidak menerima mesej yang dihantar,
disebabkan terputusnya sel-sel neurons
ii. Mesej yang diterima tidak konsisten
iii. Mesej yang diterima konsisten tetapi tidak sempurna
bersambung dengan mesej dari deria yang lain
Gangguan ini menyebabkan individu tersebut akan bertindak di luar dari kebiasaan samada berkarektor hypersensitive (over-responsive) atau hyposensitive (under-responsive) kepada rangsangan. Terdapat juga individu yang mengalami kesan yang sangat minima dan bagi mereka yang serius terjejas maka pastinya akan mengganggu fungsi kehidupan seharian. Simptom Sensory Integration Disorder (SID) antaranya ialah :
i. ISU BIASA - gangguan biasa yang bersangkutan dengan tujuh system deria manusia.
ii. SENTUHAN - sangat peka terhadap tekstur pakaian juga label pakaian.Tindakbalas melampau apabila disentuh.
iii. PENDENGARAN - bunyi yang nyaring/kuat akan 'menyakitkan' telinganya. Ada juga yang mengadu sakit kepala apabila mendengar bunyi-bunyi seperti mesin drilling, bunyi dari mesin kisar dan sebagainya. Biasanya mereka akan cuba menutup kedua belah telinga.
iv. PENGLIHATAN - fokus kepada benda-benda kecil tapi gagal memahami keseluruhan imej.
v. ORAL - amat terhad dengan pemilihan makanan. Suka menghidu, menjilat, mengunyah sesuatu objek yang tidak boleh dimakan. Enggan menggunakan ubat gigi juga memberus gigi.
vi. BAU - amat terganggu dengan bau-bau tertentu seperti minyak wangi, aroma masakan dan sebagainya. Sukar membezakan bau-bauan.
vii. VESTIBULAR (atur pergerakan) - mengelak menggunakan alat-alat permainan
seperti yang terdapat di taman permainan juga takut pada ketinggian. Sangat mengidamkan pergerakan yang pantas dan berputar.
viii. PROPRIOSEPTIF (atur kedudukan badan) - kekok menulis, begitu juga dengan aktiviti fine motor skills yang lain juga gross motor skills kerana aktiviti ini melibatkan fungsi otot.
Untuk membantu golongan yang mengalami masalah Sensory Integration Disorder, di sekolah umpamanya lakukanlah aktiviti :
i. Meniru cara pergerakan binatang, berlari seperti kuda, berenang seperti ikan (tukar arah ke depan dan ke belakang, ke kiri dan ke kanan) bertujuan bagi melatih vestibular kanak-kanak tersebut.
Berenang |
ii. Permainan Hopscotch.
Hopscotch |
iii. Pencarian Harta Karun.
Cari Harta Karun |
iv. Menggunakan peralatan di taman permainan kanak-kanak.
Panjat, bergelunsur dan sebagainya |
v. Mengangkat berat, iaitu objek yang bersesuaian dengan kanak-kanak.
'Mengangkat kerusi' |
vi. Lakukan aktiviti dalam bilik darjah seperti mencuci papan hitam, membersihkan meja, menaikkan kerusi ke atas meja dan sebagainya.
Mencuci papan hitam |
vii. Aktiviti kreatif yang menggunakan visual seperti ballon volleyball, bubble games, Frisbee dan seumpamanya.
'Ballon Volleyball ' |
vii. Pilihlah makanan yang rangup serta kenyal contohnya popcorn, licorice dan sebagainya untuk menguatkan otot, mulut dan rahang.
Rangup! |
Memahami fungsi tiap-tiap deria amat perlu untuk menangani Sensory Integration Disorder. Aktiviti menolak, menarik, mengangkat, melompat, berguling dan sebagainya merupakan antara gerak kerja yang dapat membantu kanak-kanak SID untuk menjalani kehidupan yang lebih baik di hari muka. Sebagai ibubapa kepada anak-anak autisme, amat perlu untuk kita mendapatkan ilmu samada melalui pembacaan mahupun bantuan dari mereka yang berkepakaran seperti Occupational Therapist.
Bertindaklah segera.......
No comments:
Post a Comment