Kononnya untuk memudahkan pergerakan Syahmi.... memudahkan ibu dan ayahnya juga |
Suatu ketika dulu, saya pun pernah buat silap. Jangan jadi seperti saya yang memilih jalan shortcut untuk memudahkan pergerakan si anak. Kononnya untuk menggalakkan anak saya supaya cepat berjalan. Sedangkan di sebaliknya penggunaan baby walker ini dapat membantutkan tumbesaran si bayi. Kebaikan yang sekelumit telah mengaburkan mata ibubapa terhadap masa hadapan anak-anak.
Rekod Kesihatan Yang Dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia |
Malangnya ramai dari kita yang tidak ambil peduli...... |
Tumbesaran semulajadi yang sepatutnya dilalui oleh setiap bayi |
Merangkaklah sayang........ |
Sesungguhnya segala kejadian dari-Nya tiada yang sia-sia, penuh dengan hikmah yang kadang kala tidak terungkap oleh kita hamba-Nya. Merangkak merupakan proses untuk membantu menguatkan otot kanak-kanak supaya bersedia untuk berjalan. Dalam proses ini, kanak-kanak akan belajar mengawal imbangan dirinya atas tangan dan lutut serta mencari akal untuk bergerak ke depan dan ke belakang dari posture ini untuk mendorong dirinya dengan menggunakan lutut.
Tahukah kita merangkak adalah berhubungan dengan perkembangan tubuh bayi termasuk koordinasi antara mata dan tangan, ketajaman penglihatan di kemudian hari serta kemampuan membaca dan menulis. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kurangnya seseorang bayi merangkak adalah berhubungan dengan gangguan pemusatan perhatian/ADHD dan autisme. Sebagai ibubapa jangan ambil mudah!
Tidak hairanlah ada negara-negara di dunia seperti Kanada umpamanya, mengharamkan baby walker di pasaran. Selain dari faktor di atas, kemalangan juga sering dilaporkan berlaku terhadap bayi-bayi seperti kejadian patah tangan, pecah kepala dan sebagainya kerana bayi terjatuh akibat kelalaian seketika ibubapa.
Tawaran yang hebat di pasaran.....pelbagai warna, pelbagai bentuk |
Dengan penawaran di pasaran yang pelbagai warna dan bentuk, tentulah baby walker menarik perhatian ibubapa bagi mendapatkannya. Namun, marilah kita berfikir sejenak tentang keburukan penggunaannya berbanding dengan faedahnya yang hanya seketika.
Sama-sama kita renungkan.......
.
No comments:
Post a Comment