Kelmarin, terbukti sudah peluang yang sama rata diberikan kepada anak-anak Pendidikan Khas (Program Inklusif) untuk menyerlahkan potensi selagi mereka menunjukkan prestasi yang baik semasa di sekolah. Kelmarin, Syahmi (barisan paling belakang, No 3 dari kiri) telah menerima watikah perlantikan sebagai seorang Pengawas Sekolah Keb.Seri Budiman II (2013). Semoga anak ini dapat memikul tanggungjawab dengan baik dan berkesan.
Tahniah pada pihak sekolah kerana prihatin dan tidak memandang sebelah mata dengan kemampuan anak istimewa. Alhamdulillah......
|
Barisan Pengawas Sek Keb Seri Budiman II (2013) Syahmi No 3 dari kiri (barisan paling belakang) |
|
Menunggu giliran untuk naik ke pentas |
|
Syahmi menerima watikah perlantikan |
|
'Saya' berikrar akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi! |
No comments:
Post a Comment