Samsul Muariff
No 0001, Lorong Budiman
Batu Buruk
20400 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
24hb Mei 2013
Kehadapan Sir Nawi yang sangat dihormati lagi dikasihi, semoga berada di dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Saya dan rakan-rakan di 5 Al Ghazali, Sek Keb Seri Budiman II, sihat-sihat belaka serta ceria dengan mood untuk menghadapi cuti sekolah yang agak panjang ini.
Sir Nawi,
Tujuan saya mengutus surat ini walau hanya di alam maya, untuk mengkhabarkan berita gembira tentang keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu bagi matapelajaran Matematik. Saya telah memperolehi markah 80%, berkat dari tunjuk ajar cikgu semasa menjalani latihan praktikum di SKSB II yang lalu.
In Sha Allah, saya akan belajar dengan lebih kuat lagi bagi memperbaiki kelemahan yang ada supaya keputusan yang lebih baik dapat dicapai dalam peperiksaan yang akan datang. Tunjuk ajar Sir Nawi selama berada di SKSB II, amatlah kami hargai. Semoga suatu masa nanti, Sir Nawi akan menjadi guru yang berwibawa dalam membimbing anak bangsa.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
Syahmi Asyraff
(MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF)
LAMPIRAN KERTAS JAWAPAN MATEMATIK (THN 5)
Jawapan Kertas 1 (33/40) |
Muka Depan Kertas 2 (31/40) |
Muka Surat 2 |
Muka Surat 3 |
Muka Surat 4 |
Muka Surat 5 |
Muka Surat 6 |
Muka Surat 7 |
Muka Surat 8 |
No comments:
Post a Comment