Anak-anak autisme yang mengikuti diet GFCF (Gluten Free Casein Free), maka perlu mengelakkan dari mengambil produk tenusu yang mengandungi casein. Oleh itu, tercari-carilah si ibubapa produk yang dikatakan sesuai bagi menggantikan susu lembu dalam menampung keperluan kalsium bagi tumbesaran anak-anak mereka. Kebiasaannya ibubapa memilih susu soya sebagai alternatif. Sejauh mana produk soya baik dan sesuai untuk anak-anak kita? Sama-sama kita fikir dan timbangkan.......
ANTARA KEBAIKAN KACANG SOYA :
1. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah menyahtoksin
bahan buangan dalam sel-sel mempertingkatkan fungsi ginjal,
jantung dan hati, awet muda serta mencegah pigmentasi.
Ladang kacang soya |
2. Mengandungi isoflavin iaitu sebatian kimia yang mampu melegakan
simptom menopause, memperlahankan kadar osteoporosis serta
mencegah kanser payudara/rahim.
Namun bukan perkara yang mudah sebatian ini diekstrak dari
kacang soya kerana ia perlu menjalani proses penapaian yang
lengkap bagi menghasilkan insoflavin untuk dihadamkan oleh
sistem pencernaan manusia. Oleh iu tanpa proses penapaian yang
sempurna, insoflavin kurang dihasilkan dan tidak sesuai untuk
manusia.
Kacang soya masih dipohonnya |
3. Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan
kolestrol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s dimana
tindakannya seperti 'statins' namun tiada kesan sampingan ubatan.
4. Oligosaccaride sejenis gula kompleks dalam kacang soya dapat
memperbaiki masalah sembelit dan menjadi sumber probiotik bagi
usus dalam mengawal kesihatan kolon.
Kacang soya yang sedia untuk dituai |
besi dan kalsium yang sesuai bagi wanita sebagai tambahan protin
bagi mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan.
AWAS!!!
Pengambilan kacang soya sebagai makanan tambahan harus dipilih
dikalangan yang terbaik di pasaran iaitu dengan menitikberatkan
faktor-faktor berikut :
1. Memastikan ia bebas dari toksin dan 'heavy metals', bakteria, kulat,
aflatoksin juga racun serangga.
2. Produk berasaskan soya amat sensitif dengan kontaminasi, jadi ia
mesti diproses di kilang yang diiktiraf HACCP (RvA) dan
ISO9001: 2000 (UKAS), bagi memastikan keselamatannya.
3. Memastikan ianya juga bebas dari Urinase Enzyme bagi
mengelakkan masalah gout.
Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine max |
4. Memastikan ia bebas dari bahan 'thickener' dan perasa tiruan.
Enak rasanya...... |
dan zat kalium.
6. Memastikan ianya 'wholesome' bukan hanya protin soya isolate
sahaja.
(Kesimpulannya : Kebaikan produk soya boleh diambil selagi
pengeluar mematuhi ciri-ciri keselamatan barangan yang digunakan
bagi jangka masa panjang)
Pesanan: Pengambilan produk soya buatan sendiri adalah tidak
digalakkan kerana ia mudah terdedah kepada kesan negatif kacang
soya yang tidak diingini.
(Sumber: Majalah Rapi, Edisi 1, Oktober 2005)
ANTARA KEBURUKAN KACANG SOYA :
1. Mengandungi asid phytic (bahan anti nutrien) yang tinggi dimana
menghalang penyerapan zat dan mineral ke dalam usus. Makanan
berkhasiat yang kita makan seharian menjadi suatu pembaziran
kerana wujudnya bahan anti nutrien tersebut.
2. Mengandungi hemaglutinin yang menyebabkan sel darah
bercantum sesama sendiri. Selain itu, soya juga kaya dengan toxin
semulajadi iaitu antizat (perencat enzim) yang menghalang tripsin
dan enzim lain yang dperlukan tubuh manusia. Toxin ini tidak
mudah dimusnahkan walau dimasak. Hasilnya tubuh akan
mengalami kekurangan asid amino, kembung perut dan kerosakan
pankreas.
3. Mengandungi goitrogen yang boleh melemahkan fungsi tiroid serta
menggalakkan berlakunya kenser tiroid.
4. Mengandungi hormon yang menyerupai estrogen seperti yang ada
pada seorang wanita. Selain itu, ia mampu mengubah
perkembangan seksual seseorang yang akhirnya mempengaruhi
kejantanan lelaki terutamanya jika diambil dalam kuantiti yang
berlebihan.
Tepuk dada tanya selera. Kita sebagai pengguna berhak memilih yang terbaik untuk keluarga kita. Bagi mereka yang memiliki anak autisme, pemilihan yang tepat terhadap pemakanan anak istimewa kita dapat membantu perkembangan positif mereka. Lengkapkan ilmu di dada, jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata manis pihak pengeluar. Buat perbandingan supaya pemilihan kita nanti selari dengan keperluan pemakanan anak seperti yang disyorkan oleh pakar.
Lakukan pilihan yang tepat kerana segalanya terletak di tangan kita.
No comments:
Post a Comment