Hari ini merupakan hari terakhir umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan 1434H. Pada mereka yang bertakwa, hari ini juga merupakan hari kesayuan di jiwa kerana esoknya kita telah kehilangan tawaran/ganjaran berlimpahan dari-Nya yang hanya ada di bulan yang barakah ini. Tahun depan belum tentu lagi kita diizinkan-Nya untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya.
Namun, bagi kanak-kanak seperti Syahmi mungkin rasa gembira sukar dibendung lagi, melonjak-lonjak kegembiraan untuk menyudahkan misi berpuasa penuh bagi Ramadhan kali ini. Semoga hari ini dia mampu menghabiskan ibadah puasanya seperti hari-hari yang lalu, bersahur tanpa banyak kerenahnya, berbuka tanpa demand makanan yang pelik-pelik. Alhamdulillah.....
Yang pasti.....esok hari raya....esok hari raya......
Selesai sudahhhhhhh......alhamdulillah "Ya Allah! Izinkan ku bertemu Ramadhan yang satu lagi..." Aamiin ..... |
No comments:
Post a Comment