Apa yang dikatakan 'Upih'? Kanak-kanak zaman kini tentunya kurang arif tentang upih, kerana ianya tidak mendapat tempat lagi dengan suasana masa kini yang lebih mementingkan gadget. Upih adalah pelepah pinang yang telah mati, gugur sendiri ke tanah tanpa perlu dibantu oleh manusia.
Kalau dulu, upih dijadikan oleh nenek kita sebagai alas pembungkus makanan seperti dodol, lempok dan seumpamanya supaya tahan lebih lama. Makanan boleh diperhangatkan (bukan dibakar) berkali-kali hanya dengan membungkusnya menggunakan upih yang tebal dari struktur pelepah pinang. Lebih mesra alam jika dibanding dengan zaman kini yang menggunakan bahan dari plastik/polistrin untuk menyimpan makanan malahan ianya terbukti juga merbahaya untuk kesihatan.
Makanan seperti dodol/lempok yang dibungkus menggunakan upih pinang |
Tarik Upih merupakan permainan tradisional yang menjadi kesukaan kanak-kanak zaman dulu. Balik ke kampung kali ini, kami mencuba untuk memperkenalkan permainan ini kepada si anak autisme saya. Apakah episod kelakar yang sempat dirakam oleh lensa kamera agaknya?
Belajar dulu gaya untuk jadi penumpang |
Kakunya Syahmi dengan kenderaan 'baru' nya.... |
Mulakan perjalanan yang menggelikan kekadang menyakitkan di bahagian punggung |
Akhirnya Syahmi hampir tercicir kerana lemah kawalan terhadap imbangan dek kerana badan yang gempal.....hihihi |
Apa-apa pun terima kasih pada Abang Munir (sepupu Syahmi) kerana melayannya dengan baik dan sabar |
Pengalaman baru bagi Syahmi, lain kali kita cuba lagi. Kena biasakan diri dengan aktiviti luar yang seumpamanya. Seminggu tanpa lappy di kampung, Syahmi asyik merajuk, kekadang merayu untuk menggunakan lappy sepupunya untuk melepaskan rindu terhadap obsessnya, kesiannnnn Syahmi.
Selagi wujudnya pokok pinang, selagi itulah 'Upih Pinang' akan mudah didapati di mana-mana. Kita manfaatkan sebaik mungkin hasil alam semulajadi kurniaan-Nya....
No comments:
Post a Comment