Mouse yang lama Mouse yang baru |
Kerana 'mouse', terhasilnya perbualan yang sangat mengujakan. Perbualan harian kita, biasanya jarang-jarang sekali menyelitkan peribahasa atau simpulan bahasa. Tapi si anak telah mula menggunakan peribahasa dalam menyatakan perasaannya. Begini dialog si anak dengan ibunya :
Syahmi : Cantik! saya suka mouse ni
Ibu : Tukarlah....ganti yang lama tu
Syahmi : Tapi susah...sebab lain sikit dari yang ini...
(yang baru kena tekan bahagian sayap belakang)
Ibu : Belum cuba belum tahu.....
Syahmi : Betul tu ibu....'ALAH BISA TEGAL BIASA'....
Ibu : !!!!!!
Alhamdulillah...nampaknya dia dah pandai menggunakan peribahasa dalam perbualan. Harapan saya untuk melihat Syahmi mengarang karangan Bahasa Melayu yang ada menyelitkan unsur-unsur seumpamanya untuk mendapatkan markah yang lebih baik dalam peperiksaan.
Kata hati si ibu, 'ALAH IBU KERANA SI ANAK' ....dah nak separuh abad usia, entah berapa kali jer ibu guna peribahasa dalam perbualan harian. Itulah perbezaan insan autisme dengan yang normal...
No comments:
Post a Comment