Hakikatnya masalah Generalised Hypermobiliti Joints (GHJ) berlaku disebabkan beberapa faktor. Antaranya disebabkan masalah struktur kollagen individu, proprioception namun bagi kebanyakan individu autisme mengalami masalah hypermobiliti joint disebabkan tonus otot yang lemah (hypotonia). GHJ sering berlaku di kalangan mereka yang mengalami masalah lewat perkembangan seperti autisme juga keabnormalan kromosom iaitu di kalangan Down Syndrome.
Keadaan jari yang mengalami Hypermobiliti Joints |
Untuk pengetahuan, terdapat permasalahan yang seakan-akan sama berpunca dari faktor genetik dimana berhubungkait juga dengan masalah tisu penghubung yang menyebabkan sendi berada dalam ketidakseimbangan iaitu Ehlers Danlos Disorder, Osteogenesis Imperfecta dan Marfan Syndrome.
Namun, post saya kali ini hanyalah berkaitan dengan GHJ. Beberapa keadaan yang biasanya menunjukkan individu tertentu mengalami GHJ termasuklah :
Ibu jari yang boleh dibengkokkan hingga menyentuh lengan |
Kaki membengkok ke belakang apabila melibatkan sendi di bahagian lutut |
Jari yang boleh dibengkokkan ke belakang melebihi 90 darjah |
Melibatkan bahagian siku hingga menghasilkan keadaan tangan yang membengkok sebegini |
'Flat feet' |
Jika mengesyaki sesuatu kelainan terhadap perkembangan anak-anak, sebaiknya berjumpalah mereka yang pakar bagi mendapatkan penilaian yang tepat. Pakar kanak-kanak mahupun Physiotherapist boleh memberi nasihat yang sesuai seperti mengesyorkan golongan ini untuk menjalani 'exercise programme' bagi meningkatkan kekuatan otot dan sebagainya.
Hal-hal seperti ini, biasanya kita pandang remeh. Si anak akan diperlekeh, dimarah kerana tidak dapat mencapai tahap tertentu dalam beraktiviti. Sedangkan kita tidak mengetahui permasalahan sebenar yang dihadapi oleh si anak. Bantulah mereka dengan bertindak dari sekarang!
No comments:
Post a Comment