Huruf Hijaiyah.... |
Syahmi sebenarnya lewat sedikit belajar mengaji dibandingkan dengan mereka yang seusia disebabkan masalah lambat bercakap. Namun, dalam usianya 6 tahun dia telah mula mengenal huruf-huruf hijaiyah dengan baik hanya berdasarkan flash card oleh ibunya di rumah juga melihat dari huruf-huruf hijaiyah yang tertera di dinding kelas Pra Pendidikan Khas yang diikutinya.
Iqra' terbitan Darul Kitab Sdn Bhd |
Saya mula bersemangat dan yakin si anak juga mampu mengaji dengan baik setelah Syahmi menyertai Tilawah Al Quran Peringkat Sekolah. Walaupun dia tidak hebat dalam berlagu, tapi si anak amat hebat menghafal surah-surah. Dalam sesi latihan sebagai persediaan untuk menghadapi tilawah, Syahmi telah boleh menghafal 40 ayat dengan mudah berbanding dengan saya sendiri walau telah berulang-ulang kali dibaca.
J Qaf - antara latihan yang ditekankan di sekolah |
Bagi merealisasikan agenda ini saya dapatkan sebuah Al Quran bertajwid, wakaf dan ibtida untuk memudahkan Syahmi menguasai pembacaan Al Quran. Memang jelas sangat perubahannya kerana pembacaan menjadi lebih mudah apabila dibantu oleh warna-warna yang mewakili hukum-hukum tajwid yang tertentu. Sangat kagum dengan hasil usaha cerdik pandai kita terhadap penghasilan Al Quran bertajwid ini.
Idea dan konsep Al Quran Bertajwid, Wakaf & Ibtida terbitan Telaga Biru oleh Tan Sri Dato' Hj.Hassan bin Hj Azhari dan Prof.Madya Dr.Hj.Abd Rauf bin Tan Sri Hj.Hassan |
Al Quran bertajwid |
2014, Syahmi akan menghadapi UPSR. Jadual harian Syahmi juga dipenuhi dengan kelas tambahan di sebelah petang dan sebelah malamnya juga. Semoga ibu lebih kuat untuk mengimbangi masa dalam memenuhi tuntutan akademik mahupun pengisian rohani seperti solat, mengaji Al Quran dan sebagainya. Semoga dipermudahkan-Nya....aamiin.
No comments:
Post a Comment