UPSR dah dekat.... |
Maklumat ini diringkaskan, mengkhusus kepada Calon Berkeperluan Khas (CBK) Masalah Pembelajaran seperti calon-calon yang mengalami Autisme, ADHD, Terencat Akal, Down Syndrome dan sebagainya. Beberapa keistimewaan yang dipertimbangkan untuk diberi kepada CBK kategori ini antaranya termasuklah :
- KHIDMAT GURU PENDAMPING
Khidmat Guru Pendamping diperlukan bagi memastikan calon lebih fokus
dan berada di dalam keadaan terkawal ketika di bilik peperiksaan. Dibenarkan
dalam 2 keadaan iaitu :
(a) Berada di luar bilik atau dewan peperiksaan. Kebenaran boleh diperolehi
dari Ketua Pengawas pada hari peperiksaan; atau
(b) Berada di dalam bilik peperiksaan. Kebenaran harus dipohon oleh pihak
sekolah sebelum peperiksaan.
(Namun, terdapat aspek-aspek tertentu yang dipertimbangkan terlebih dahulu
sebelum keistimewaan mendapat kelulusan. Secara detail kena dapatkan maklumat
lengkap dari pengurusan sekolah)
- PEMBERIAN TAMBAHAN MASA
Masa yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis kertas peperiksaan. Namun
jadual di bawah tidak digunapakai bagi calon bermasalah pendengaran.
Bil Masa yang diperuntukkan dalam jadual waktu Masa tambahan diberi
1. 1 jam atau kurang - 1 jam 30 minit 30 minit
2. Lebih 1 jam 30 minit - 2 jam 30 minit 1 jam
3. Lebih 2 jam 30 minit 1 jam 30 minit
Mungkin maklumat ini sangat penting bagi ibubapa anak-anak (CBK) yang ingin menduduki peperiksaan awam seperti UPSR dan lain-lainnya. Namun, harus diingatkan bahawa segala keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan di atas tertakluk atas kelulusan Pengarah Peperiksaan.
Pastikan di awal-awal tahun lagi perbincangan dilakukan oleh ibubapa bersama Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas bagi memutuskan procedure yang sesuai dengan keadaan si anak untuk menghadapi peperiksaan. Jangan dilengah-lengahkan, ambil peluang yang disediakan untuk anak-anak istimewa kita.....
No comments:
Post a Comment