Selamat datang 2hb April.....Autisme Awareness |
Tiada yang lebih membantu bagi kami ibubapa yang dikurniakan anak autisme selain dari pengertian masyarakat sekeliling terhadap anak syurga kami. Mereka dalam pelbagai keadaan, namun kebanyakan mereka kelihatan seperti anak-anak normal yang lain.
Semoga kesedaran autisme bertambah baik di kalangan masyarakat kita. Peningkatan kes anak-anak yang dilaporkan mengalami simptom-simptom autisme makin meresahkan ibubapa. Semoga masyarakat dapat didedahkan tentang autisme agar kehadiran golongan istimewa ini dapat dibantu sejak awal lagi.
Selamat berjuang ibubapa kepada insan istimewa ini dalam menyemarakkan lagi kesedaran autisme di kalangan masyarakat. Tiap 2hb April ......Autism Awareness disambut di seluruh dunia dengan bertemakan warna biru......
EARLY INTERVENTION SHAPE FUTURE
No comments:
Post a Comment