Pages - Menu

Monday, July 28, 2014

1 Syawal 1435H



Kali ini kami beraya di tempat orang. Walau udah 20 tahun menetap di Kuala Terengganu, inilah kali pertama kami menyambut 1 Syawal di sini. Kebiasaannya kami tetap akan beraya di kampung walau apa jua halangannya. Tengah malam sekali pun, tetap kami gagahi merentasi Lebuhraya Timur Barat untuk menuju ke  Kuala Kangsar, Perak.

Bukan tak rindu pada kaum keluarga, bukan juga tak ingat pada mak yang sudah tua di kampung. Namun semakin besar anak-anak, ada kalanya menuntut pengorbanan dari ibubapanya. Biarlah kali ini 1 Syawal disambut sedikit berbeza dari yang dulu-dulu.

Sunyi rasanya kerana tiada saudara mara untuk berebut bilik air seperti di kampung. Segalanya seperti hari-hari biasa, kami berempat beranak membuat persiapan secara ala kadar sahaja. Tiada yang istimewa. Hanya ketupat rendang yang tersedia, bersama beberapa jenis 'biskut tunjuk' yang mudah untuk mendapatkannya.


Sebelum ke masjid....

Ampun dan maaf dipinta dari ayahanda.....

Beraya di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu....


Posing sakan dia....

Syawal & Syahmi....mereka dua beradik

Rambang mata memilih makanan kegemarannya....
maklumlah jamuan istana

Syahmi 'bersantap'....pinjam bahasa istana

Menerima cenderamata dari Tuanku ...terima kasih kerana memberi
peluang rakyat jelata merasai suasana bak syurga di sana (syurga dunia)

Cenderahati dari istana....

Indah nian Istana Syarqiyyah
         
Pertama kali menjejakkan kaki ke istana ini, amat mengagumkan bagi sesiapa yang berkunjung dan melihat rekabentuk juga hiasan dalamannya. Warna hitam putih menjadi pilihan, menampakkan istana bersemayamnya Tuanku Sultan Terengganu ini  masih mengekalkan ciri-ciri lama yang amat padan kelihatannya apabila disatukan dengan hiasan-hiasan moden.

Kami juga sangat bernasib baik kerana diberi peluang untuk bersalaman dengan Duli Tuanku berdua bersama-sama anakanda-anakanda baginda. Namun tetamu tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. Cantiknya kerabat diraja di pagi raya ini dengan berpakaian sedondon berwarna hijau.

Dirgahayu Tuanku Sultan serta Selamat Hari Raya...
                 

No comments:

Post a Comment