Pages - Menu

Thursday, July 31, 2014

Dia Anak Bongsu...


Sayang menyayangi antara adik beradik...

              Menurut kata mereka anak bongsu sensitif orangnya, sukar menerima kekalahan, sukar bertolak ansur, lemah dalam membuat keputusan kerana sering bergantung pada ibubapa.  Namun, golongan ini juga dikatakan pemaaf orangnya, baik hati juga girang dalam kehidupannya.


              Syahmi anak bongsu kami. Syahmi hanya ada seorang abang. Jarak umur antara mereka 6 tahun menyebabkan pergaulan mereka ada kalanya tidak seirama. Syahmi juga cucu bongsu dalam keluarga kami. Sepupunya juga bukan lagi saing untuknya bermain kerana semuanya telah bekerjaya dan berumahtangga.


              Sekali sekala, teringin nak tengok Syahmi anak bongsu kami melayan kanak-kanak lain sebagaimana adik beradiknya. Biasanya dia tidak 'mengganggu' orang lain namun kurang senang jika minatnya 'diganggu'. Raya tahun ni ketika bertandang ke rumah sahabat, saya suka tengok Syahmi dengan 'adik-adik' berkongsi minatnya yang satu - main game.


Agaknya inilah yang ditanya si kecik tu pada Abang Syahmi...


Awek nak tumpang sekaki.....


Si comel nak main sama, boleh ke Abang Syahmi?

              Bertuahlah mereka-mereka yang mempunyai adik beradik yang ramai. Tidak secara langsung boleh meningkatkan kematangan anak-anak dalam pergaulan bermula dari rumah lagi. Bagi pasangan yang masih dalam fasa 'produktif ', jangan tangguh-tangguh lagi untuk meramaikan bilangan ahli keluarga masing-masing. Saya dah terlambat, menyesal pun udah tidak berguna....hihihi


Meriah bila mempunyai adik beradik yang ramai

No comments:

Post a Comment