Shopping sakan masyarakat kita bila Ramadhan telah menghampiri ke penghujungnya. Sana sini berkerumun manusia berpusu-pusu membeli belah kelengkapan untuk merayakan 1 Syawal. Saya pun pergi shopping juga, shopping ke kedai-kedai buku sahaja nampaknya.
Pilih saja publisher yang mana yang mengeluarkan buku-buku terbaik untuk si anak..... |
Saya malas nak layan mood raya tahun ini supaya kami dapat sama-sama merasai bahang UPSR. Hanya latih tubi saja yang dapat membantu murid ketika ini. Semakin hampir dengan hari peperiksaan, tugas ibubapa kena lebihkan masa memastikan si anak membuat latih tubi atau turun padang untuk membuat latih tubi secara bersama.
Macam-macam publisher ada.... Sasbadi Publications menawarkan bulu-buku latihan yang terbaik! |
Sasbadi ada, Didik ada, MBP pun ada....macam-macam pilihan, buku-buku dari publisher yang menjadi rebutan di kalangan murid-murid sekolah. Namun persoalannya, mampukah kita sebagai ibubapanya memujuk si anak untuk mengulangkaji pelajarannya? Jika anak tipikal sekali pun, bukan sesuatu perkara yang mudah untuk mereka fokus terhadap pelajaran sahaja. Biasalah budak-budak, mereka juga perlu bermain, perlu merehatkan minda. Mereka juga ingin bermain bunga api di musim raya ini!
Saya dulu-dulu pun sama. Mak/Ayah beri nasihat " Belajar elok-elok" tapi saya buat-buat tak tahu. Pemikiran belum cukup matang, belum tahu kepentingan pelajaran dalam mencorakkan masa depan. Kekadang rasa bersalah pada anak istimewa saya kerana seolah-olah saya telah membebankannya dengan tanggungjawab untuk belajar dan menghadapi peperiksaan seperti anak-anak tipikal.
Biar ibu yang bawa buku nota ke mana-mana....... |
Namun pendekatan untuk anak istimewa berbeza dengan anak yang tipikal. Biasanya ibubapa lebih arif tentang anak masing-masing. Mereka tidak harus dipaksa, sebaiknya dipujuk dengan lembut. Kalau dia enggan membawa buku nota ketika berjalan ke mana-mana, biar ibu yang ambil alih tugas itu. Biar ibu yang kepit buku nota. Sekali sekala ibu buka buku nota, boleh berkongsi dengan si anak. Jangan bosan Syahmi, ibu mu akan berusaha tanpa jemu demi masa depan kamu....
No comments:
Post a Comment