Beberapa kali dia pernah menyuarakan hasratnya untuk ke rumah kawan lepas waktu sekolah. Namun saya buat-buat tidak tahu. Kekadang rasa bersalah bersarang di jiwa, tapi disebabkan faktor penerimaan masyarakat terhadap insan sepertinya menyebabkan saya enggan melayan permintaan si anak.
Kali ini, dia pula menjemput kawannya datang ke rumah. Menunggulah si anak seperti 'pungguk rindukan bulan'. Terlentang, tertiarap, menonggeng semua ada aksinya. Mengikut janji....jam 3.00 pm kawannya (Mustaqim) datang, 2.30 pm si anak dah menunggu di depan pintu.
Menunggu kawan di muka pintu.... |
Dia sangat suka berkawan dengan kawannya yang ini. Mustaqim, tinggal di kampung bersebelahan dengan tempat tinggal kami lebihkurang 1km sahaja jarak antaranya. Mustaqim sangat independent, dia boleh berbasikal ke sekolah dan ke mana-mana saja. Dia ada adik-adik yang masih kecil, sopan santun, beralah, sabar orangnya. Ciri-ciri yang sesuai untuk menjadi pendengar setia.
Basikal tua Mustaqim.... |
Leka bermain..... |
Bila azan asar sayup-sayup kedengaran dari surau berdekatan, si kawan meminta izin untuk balik ke rumah. Anak saya kurang senang untuk membiarkan si kawan balik awal kerana belum puas bersamanya. Sepantas kilat si anak mempelawa kawannya untuk bersembahyang di rumah bersama-sama (berjemaah). Bijak juga si anak untuk mencari idea yang terbaik supaya dapat menghabiskan masa yang lebih lama dengan kawannya.
Berjemaah mereka untuk waktu asarnya..... |
Benarlah kata-kata bijak pandai, jika kita mahu menjadi orang yang baik maka berkawanlah kita dengan orang yang baik-baik. Mustaqim memang anak yang baik, walau pembelajarannya di tahap sederhana, namun dia cemerlang mengaji Al Quran, menjaga solatnya juga baik tingkah lakunya.
Selesai solat, mereka menyambung semula bermain dengan lappy masing-masing buat seketika. Akhirnya, si kawan yang baik ini meminta diri dengan santunnya. Senyuman sentiasa di bibir, menyenangkan hati tuan rumah yang sebenarnya sangat kagum dengan sahsiah dirinya. Semoga kamu berjaya di dunia dan di akhirat Mustaqim....aamiin. Lain kali datang lagi ya!
Mustaqim (kiri sekali), Syahmi, Amin dan Zuhairi....ketika mereka menduduki UPSR (2014) |
No comments:
Post a Comment