Say 'No' to ' W '- Sitting |
'W'- Sitting sering berlaku di kalangan kanak-kanak. Keadaan dimana si anak duduk dengan melabuhkan bahagian punggung manakala kedua belah kakinya seolah-olah mengepak keluar hingga membentuk kedudukan "W'. Kebiasaannya masyarakat kita juga menamakannya sebagai 'Duduk Katak'.
"Duduk Katak" |
Menurut terapist, cara duduk yang sebegini dianggap normal selagi si anak melakukannya secara 'in and out'. Namun jika ia berlaku secara konsisten contohnya ketika bermain mahupun menonton TV, maka perlakuan ini akan memberi tekanan yang berlebihan kepada struktur tulang paha yang berhubung dengan soket tulang pinggul. Perlakuan ini akan memicu kepada masalah orthopaedik di masa hadapan seperti masalah postur badan dan sebagainya.
Mengapakah, kanak-kanak cenderung kepada perlakuan ini? Sebenarnya ia bersangkut-paut dengan faktor kestabilan di mana 'W'-Sitting akan memberikan kestabilan apabila kedua belah kaki seolah-olah dikepakkan itu akan mewujudkan keluasan tapak lalu memberi sokongan ketika mereka duduk.
Kanak-kanak yang mengalami hypotonia (low muscle tone) merupakan golongan yang cenderung untuk duduk secara 'W'. Mereka cuba mengelak dari mengalihkan berat badan juga menggerakkan bahagian dada dan abdomen (trunk) ketika bermain. Sedangkan pergerakkan ini amat perlu untuk melatih si anak untuk mengimbangi badan, melintasi garisan tengah juga mengkombinasikan pergerakkan kedua belah tangan secara bersama. Tidak secara langsung si anak tidak dapat mengasah kemahiran asas pergerakan tangan juga membantutkan pembangunan kemahiran motor halusnya.
Seperti yang diketahui, sejumlah autisme mengalami masalah hypotonia dan seharusnya para ibubapa mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya didapati anak kecil kita kerap duduk secara 'W'. Beberapa cara dicadangkan supaya perlakuan ini dapat dielakkan :
a) Jika bayi, penjaga haruslah memperbetulkan kedudukannya kepada yang lebih
sesuai seperti duduk bersila, melutut atau 'side sitting'.
Bersila dapat melatih si anak untuk mengimbangi badannya |
Syahmi dalam keadaan melutut..... |
'Side Sitting' |
b) Jika anak-anak yang telah boleh berjalan hingga ke usia prasekolah, sebaiknya
disediakan kerusi dan meja yang sesuai dengan ketinggian si anak untuk melakukan
aktiviti kemahiran motor halus seperti mewarna, bermain lego dan sebagainya.
Menarik minat si anak untuk beraktiviti... |
c) Bukan hanya dengan arahan, penjaga juga dikehendaki melakukan demonstrasi supaya
si anak lebih memahami cara duduk yang betul. Elakkan kata-kata yang -ve seperti
memulakan arahan dengan perkataan " Jangan ...........". Adalah lebih baik kita memberi
mereka pilihan samada untuk duduk bersila, melutut mahupun 'side sitting'.
Masa kini, pengetahuan diperolehi hanya di hujung jari. Ibubapa mudah mendapatkan ilmu walau di mana jua berada. Oleh itu, lakukan yang terbaik untuk anak-anak supaya dapat menghindarkan mereka dari risiko yang memudharatkan di masa akan datang. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Wallahualam.....
No comments:
Post a Comment