Hema.... |
Dari jauh Hema datang....nun dari selatan tanahair, Johor Darul Takzim. Terkejut dengan kesungguhannya untuk bertemu ku. Bukan saudara, bukan kenalan rapat. Hanya melalui muka buka. Dia masih menuntut jauh di Australia. Beliau balik ke Malaysia dua bulan untuk melengkapkan kajian PhD nya yang bertajuk penglibatan ibubapa dalam fb Autisme Malaysia.
Masakan aku dipilihnya? Mengapa aku? Tapi memang tidak dinafikan, status perkongsian tentang anak ku saban hari di fb Autisme Malaysia membuktikan penglibatan aktif ku di sana. Hingga ada pihak yang boring dengan status-status tersebut kerana asyik-asyik post Samsul Muariff Saroni yang muncul di AM.
Pertemuan pertama, namun seperti telah kenal lama. Biasalah, memang aku jenis yang 'banyak mulut'. Beberapa jam bekerjasama memberikan maklumbalas, akhirnya Hema mengundur diri. Sebelah petangnya, kami ke Teluk Ketapang untuk menikmati Ikan Celup Tepung bersama keluarga masing-masing.
Syahmi dan Syamir...boleh ngam walau baru bertemu.... |
Syahmi melayan tetamu.... |
Menghormati tetamu merupakan tuntutan agama... |
Keesokkan hari, sebelum mengucapkan selamat jalan, kami ke kedai jualan keropok lekor untuk menjadi buah tangan yang akan dibawa baliknya ke Johor. Semoga Hema berjaya memperolehi PhD dan kembali ke Malaysia dengan gelaran Dr Hema Rosheny Mustafa.
Semoga jumpa lagi dik....
Setelah 4 tahun, baru terjumpa blog kak long. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk bantu Hema. Semoga Allah merahmati pertolongan kak long.
ReplyDeleteAamiin...hai Dr Hema
ReplyDelete