Pages - Menu

Monday, November 2, 2015

Kecik Besor....Konvo Belaka



Kita pun nak berkonvo...


Semenjak dua menjak ni, habis kecik besor berkonvo dengan berjubah, topi serta skroll masing-masing. Kalau dulu, yang ambil ijazah sahaja merasai pengalaman begini. Seingat saya, di era 80an dulu lepasan diploma ITM pun tak merasa nak berjubah bagai di hari konvokesyen.

Sekarang tidak lagi. Sedar atau tidak kita sekarang bermewah dalam kesempitan. Kos sara hidup makin tinggi, sana sini  masyarakat mengadu harga barang naik, cukai sana sini dikuatkuasa. Namun secara tidak sedar kita juga lupa bahawa kita juga terjebak dengan pembaziran di sana sini.

Pada pandangan saya, acara konvokesyen 'budak sekolah' ini sebenarnya tidak perlu diadakan secara besar-besaran kerana ianya membazirkan wang. Sewa jubah dah berapa? Kalau dah berjubah, bertopi dengan skroll bagai, mestilah memerlukan kehadiran juruphoto yang terbaik juga. Bukan setakat lepasan pra sekolah, lepasan Tingkatan 5 juga sekarang nampaknya menjadi trend sekolah-sekolah mengadakan hari konvokesyen.

Semua itu melibatkan wang....bersimpatilah pada anak-anak golongan kurang berada. Mereka terpaksa memeras keringat ibubapanya hanya untuk merasai pengalaman sebagaimana kawan-kawan yang lain.
Saya hanya  menyuarakan pandangan, orang lain mungkin lain pula pendapatnya kerana rambut sama hitam, hati lain-lain...



Anak-anak ku pun pernah terjebak sama dengan konvokesyen 'budak sekolah'
Syahmi (kiri) dan Syawal (kanan) dengan skroll masing-masing ....hihihi


No comments:

Post a Comment