Pages - Menu

Monday, May 2, 2016

Bila Si Autisme Memberi Pendapat Tentang Filem Redha



Syahmi

Pandangan ikhlas anak autisme terhadap filem REDHA. Tanpa prejudis, tanpa ada rasa niat hendak menjatuhkan sesiapa. Sepontan dia menyuarakan pandangannya setelah menyaksikan filem ini di panggung Sabtu lalu. Dari mula hingga akhir tayangan, dia menumpukan sepenuh perhatian terhadap jalan cerita yang akhirnya membuatkan dia mengalirkan airmata.


Katanya "Saya bagi filem ini 7/10". "Ceritanya baik, pemandangan pun cantik" katanya lagi. Beberapa kelemahan dapat dihidunya, seperti kehadiran deretan TV flat screen di pusat membeli belah (Mydin Mall, Bukit Besar, Kuala Terengganu) yang jelas tidak membayangkan situasi tersebut berlaku sekitar tahun 2006 sebagaimana jalan cerita filem tersebut. Begitu juga kehadiran TV flat screen dalam adegan Nadia Nisaa bersama June Lojong ketika mula-mula mendapatkan maklumat tentang autisme. Menurut katanya, ketika itu TV analog yang bulky masih mendominasi pasaran. Cuma golongan tertentu sahaja mampu memiliki TV flat screen.


Namun, filem ini tetap menyentuh hatinya. Tetap membuatkannya menitiskan airmata, tetap menyedarkannya terhadap kewujudan insan-insan autisme lain yang lebih severe dibanding dengan dirinya. Namun,  si autisme tetap dengan ciri-ciri yang ada pada mereka. Sangat teliti, rigid dan terus terang dalam memberikan pendapat.


Semoga filem ini diterima baik oleh masyarakat kita. Kesilapan yang kecil dapat ditutup dengan lakonan mantap watak utama seorang kanak-kanak autisme yang dipegang oleh pelakon cilik Harith Haziq. Good job YM Tunku Mona Riza selaku Pengarah filem Redha Beautiful Pain.


Sesungguhnya, Redha telah membuktikan produksi tempatan juga mampu menghasilkan suatu naskhah yang berkualiti.

No comments:

Post a Comment