Paling 'berat' bila nak melangkah ke sekolah untuk menghadiri mesyuarat PIBG. Namun 3 tahun Syahmi bersekolah di SMK (A) Sheikh Abdul Malek, 3 kali sudah saya bermesyuarat walau hanya sekadar meramaikan jumlah ibubapa yang datang. Menjadi pendengar kepada kejayaan, keluhan dan rintihan ibubapa juga para guru demi kecemerlangan anak-anak.
Walaupun terasa diri ini 'kecil' sahaja di kalangan ibubapa yang lain, sekurang-kurangnya kita dapat menyumbangkan jumlah kehadiran ibubapa yang nampaknya di tahap 'nazak'. Ke mana ibubapa lain agaknya?
Kali ke 22...masih baru sekolah ni |
Mengapa kita susah sangat hendak meluangkan sedikit masa untuk sekolah tempat anak kita belajar? Adakah kita tahu situasi kewangan sekolah? Adakah kita tahu program-program yang hendak dilaksanakan? Kita sering menyalahkan pihak sekolah itu dan ini. Hadirkanlah diri separuh hari sahaja untuk mendengar luahan hati para guru, ibubapa dan semua yang terlibat dengan pendidikan anak-anak kita di sekolah.
Kita bisng di rumah bila pihak sekolah minta ibubapa sumbangkan satu rim kertas A4 bagi setiap pelajar. Tahukah kita, ke mana kertas itu digunakan? Tahukah kita perbelanjaan tahunan sekolah untuk penggunaan kertas sahaja? Lebih RM30,000 setahun. Dimana kita nak 'cakau' jumlah yang sebesar itu jika kita mahukan sekolah yang aktif dengan program kecemerlangan pelajar.
Senang cerita, marilah ke sekolah bila dijemput untuk bermesyuarat. Apa-apa perkara yang tidak memuaskan hati, boleh 'bising' di sana. Jangan cakap belakang-belakang.
Ingat tu, dulu kita berebut-rebut untuk memasukkan anak kita ke sekolah yang terbaik. Sekolah yang terbaik memerlukan kerjasama antara ibubapa dan guru. Tanpa salah satu elemen, maka pincanglah SHAMS.
Semoga tahun ini SHAMS lebih menyerlah dengan pencapaian cemerlang pelajar-pelajarnya...InshaAllah
No comments:
Post a Comment