Pages - Menu

Monday, March 6, 2017

Tantrum Di Khalayak?



Tantrum dan Meltdown itu berbeza sebenarnya.....ibubapa
kena memahami perbezaan antara keduanya

Situasi si anak berguling-guling di lantai pusat membeli belah, rumah orang kenduri atau di tempat awam yang lain merupakan sesuatu yang amat mencabar bagi ibubapa untuk menanganinya. Keadaan anak yang sebegini dinamakan TANTRUM dimana kebiasaannya sebagai cara/helah mereka untuk mendapatkan sesuatu (manipulasi). Baik yang tipikal apatah lagi bagi yang autisme. .

Bagaimana kita yang berada di sekeliling hendak membantu ibubapa yang berhadapan dengan situasi seperti ini? Sebagai orang dewasa, kita hendaklah menjadi lebih rasional. Elakkan dari menjadi pemerhati, hingga tidak berkelip mata menyaksikan situasi tersebut. Lebih malang lagi, mulut berkumat-kamit menyalahkan ibubapa kerana tidak pandai mendidik anak. Itu bukanlah tindakan yang betul. Ia boleh memalukan/menyakitkan hati ibubapa yang sedang menghadapi situasi memalukan itu.

Adalah lebih baik kita 'buat-buat' tidak tahu. Meneruskan aktiviti kita seperti biasa dan bersangka baik terhadap mereka kerana ibubapa mana yang mahukan perkara ini terjadi di khalayak ramai.

Bila berhadapan situasi seumpamanya, ibubapa hendaklah membawa si anak ke tempat yang lebih aman dan selamat. Berikan masa kepada si anak tersebut untuk bertenang.

Perkara yang perlu dielakkan oleh ibubapa pula adalah cuba memenuhi permintaan si anak bagi tujuan untuk mententeramkannya. Kita kena bertegas dalam hal ini supaya si anak tidak menjadi 'raja' hingga mampu memanipulasi ibubapa dalam memenuhi kehendaknya. Jangan memarahi seperti memukulnya di khalayak. Elakkan juga mentertawakannya kerana bimbang dianggap si anak bahawa perlakuannnya itu sangat melucukan.

Apabila si anak telah reda dari TANTRUM, berbicaralah secara baik mengapa kita tidak dapat memenuhi tuntutannya. Berikan pelukan sebagai tanda kita menyayanginya. InshaAllah jika kita terus istiqamah, si anak akan faham bahawa tantrum bukan cara untuk memenuhi kehendaknya.

Wallahualam




No comments:

Post a Comment