Dia lebih suka menyendiri, kurang bercakap. Buat hal sendiri. Menonton TV, kemudian menghadap telefon (main games terutamanya). Lagi pun. di kampung tiada sepupu sepapat yang sebaya dengannya untuk dia berbicara. Dia cucu bongsu dalam keluarga. Sepupu yang lain ramai yang dah berumahtangga dan punya keluarga sendiri.
Pagi raya tetap ke masjid bersama ayah dan abangnya untuk solat sunat Aidil Fitri. Duit raya diterima dari saudara mara terdekat lalu disimpan dalam tabungnya. Tahun ini tidak lagi seperti dulu. Dia telah pandai menguruskan duit rayanya sendiri.
Cuti raya si ayah amat pendek tahun ini. Hari raya kedua, kami dah kena balik semula ke Terengganu sebab keesokkan harinya ayah dah mula bekerja. Jadi kemeriahan hari raya tahun ini terbantut disebabkan masa yang singkat berhari raya di kampung.
Di pagi raya, bergambar sekeluarga sebagai kenangan |
Sesekali balik ke kampung, berposing sakan kita .... |
Kedua-duanya, abang dan adik udah besar panjang |
Berbaju Melayu sebagai busana pilihan di pagi raya |
Keletah kanak-kanaknya telah berakhir. Usianya pun menjangkau 15 tahun September nanti. Dia telah mula menyesuaikan dirinya dengan beraksi sebagaimana orang remaja. Ayah dan abangnya menjadi ikutan. Begitu juga rakan-rakan sekelilingnya.
Tiada siapa yang perasan dia 'jejaka istimewa'. Hanya yang benar-benar dekat dengannya sahaja yang tahu bahawa dia 'jejaka istimewa' dan sedikit berbeza dari mereka yang seusia. Alhamdulillah...semoga dia terus bersemangat untuk memperbaiki kelemahan diri dan menjadi insan cemerlang di sisi-Nya dan insan-insan di sekeliling. Aamiin...
No comments:
Post a Comment