Dulu dipimpin ke sana ke mari. Tidak lepas mata kita memerhatikan langkahnya. Takut tersandung, takut ada mata lain yang cuba mengkhianti. Syahmi belum cukup matang untuk mengawal dirinya sendiri. Belum berupaya mempertahankan diri.
|
Dulu, sentiasa dipimpin tangannya |
Kini, tidak lagi mahu dipimpin. Dia lebih matang dalam usia remajanya. Lebih suka melakukan kerja tanpa dibantu lagi. Bila menyeberang jalan, cuba menjauhkan diri supaya tidak dibantu ibu ayah. Ada rasa malu dan bimbang ditertawakan kawan.
|
Kini, dia mahu lepas, tidak mahu dikongkong.
|
Alhamdulillah....dia sudah matang. Biar ada sudutnya, kematangan dia tidak seiring dengan rakan seusia. Namun dia sedang melangkah, mahu berubah dan yakin boleh berubah...InshaAllah
Puan.. nak tanya. Anak puan waktu kecil suka lari keluar dari rumah/ sekolah tanpa takut bahaya tak?
ReplyDelete